Saturday, 27 August 2016

Pencarian Tokey Min Kaffe

TOKEY MIN KAFFE!

Siapa ingin jana pendapatan??
Siapa ingin jadi tokey Min kaffe yang tengah famous gila sekarang??

Disebabkan ramai sangat tercari cari KOPI MINERAL aka Min Kaffe☕️ ni, saya nak buka peluang kat semua untuk tambahkan duit poket..

Nak ke memang nak??

Ok, awak start sharing kebaikan Mineral Coffe aka Min Kaffe dan jual 5 kotak sehari.

5 kotak jaaaa...

1 hari = 5 kotak kopi mineral.
Untung runcit RM600 sebulan.

Itu baru jual 5 kotak sehari.. 
Kalau 10 kotak dah RM1200 sebulan.. Wowww!

Belum campur bonus tiap bulan ikut pangkat. Ikut percent. Itu yang RMxxxx, part peluang bercuti ✈️✈️✈️.. 
Belum cerita lagi..

BEST sangat ka sangat BEST??

Lagi pula malam ni akan bermula kelas modul bisnes online. #ProjekRM1000seMinggu utk Batch ke pertama!!

Jom Inbox saya segera untuk mendaftar sebagai EJEN SAH bermula hanya dengan RM50 saja...





Pakat restock penuh kereta. Wallah!! 
Hebat sambutan Min Kaffe ni

Drop your massage now.
Efah Mustaffa
0134347079


Wednesday, 27 July 2016

Herba Maharani


Harini Ifa nak share cara pengambilan Pil Maharani. Memandangkan semakin ramai rebut peluang merasai kehebatan Pil Maharani ni. Anda buat pilihan bijak sebab memilik Pil Maharani yang hebat ni...



Sedikit Cerita Pil Maharani :

✔Dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan
✔Ianya adalah keluaran Beijing Tong Ren Tang yg merupakan tanda perniagaan yg bersejarah melebihi 300 tahun di China
✔Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan adalah diperakui sebagai ‘Produk Terkenal di China’ pada tahun 1994
✔Juga diiktiraf sebagai ‘Spesis Ubat Herba Yang Terpelihara’ pada tahun 1998.
✔Pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA
(China Islamic Association – badan Islam luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM)
✔Diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL20014419T)
✔Menggabungkan 16 jenis ramuan herba terpilih dan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya

Antara fungsi fungsinya :

1. Melancarkan peredaran darah
2. Menyelesaikan masalah wanita (keputihan, senggugut, peredaran haid)
3. Melegakan masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dlm badan, lenguh-lenguh, kebas dan urat saraf
4. Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payudara, ovari, pinggul)ubat gantian utk jamu, ubat periuk semasa berpantang, menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dgn cepat
5. Untuk golongan wanita yg hampir menapous, ia menguatkan tulang & daya tahan penyakit
6. Mengeratkan hubungan suami isteri


Cara Pengambilan:
Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah:

▶25-50 biji pil kecil sekali sehari.
▶Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
▶Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
 ▶Makan mestilah bersama air suam.
▶Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba (tindakbalas badan yang berbeza)
▶Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral.
▶Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.
▶Atau, boleh juga mulakan dengan 10 biji. Kalau rasa okey (tak panas badan) boleh tambah dos kepada 15 atau 25 atau 50
▶Jangan ambik kurang dari 10 biji sehari ye sebab nanti tak berkesan.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani
= 6 bebola putih

= 300 biji kecil pil herba jika ambil 10 biji sehari
= 30 hari (waktu period jangan makan)jika ambil 25 biji sehari
= 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period) jika ambil 50 biji sehari
= 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period** Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. 

Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. 

Lepas period ulangi cara makan yang sama.


Keberkesanan & Kehebatan
❤ Membantu menyelesaikan masalah persekitaran
❤ Ovari , rahim iaitu senggugut , keputihan,kegatalan , haid tidak teratur , menopose dan lain-lain.
❤ Membantu menyelesaikan masalah persekitaran payu udara iaitu sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat dan akan memberi keanjalan pada payu udara.
❤ Mengawal selia tekanan darah,emosi dan sraf.
❤ Membantu menyelesaikan masalah sengal-sengal sendi, asma,urat timbul,peranakan jatuh(prolebsis), sakit pinggang dan lain-lain.
❤ Menyerlahkan kecantikan luaran iaitu seri muka , lebih bermaya, bersemagat, kulit halus , awet muda, dan dapt memberikan kebahagian kepada pasangan
❤ Amalan selepas bersalin - mengelak daripada kemurungan , membantu membetulkan kedudukan , ovari , rahim dan lain-lain
❤ Pil Maharani merupakan pil kesuburan bagi wanita, sesuai diambil untuk wanita yang inginkan cahaya mata atau wanita yang akan mendirikan rumahtangga sebagai persedian kesuburan awal.
❤ Pil Maharani ini juga boleh diambil untuk wanita yang sedang berpantang selepas bersalin.
❤ Pil maharani, jika para suami tahu khasiatnya untuk isterinya, sudah pasti mereka merayu isteri masing-masing mengamalkannya




Jika berminat,

SMS / Whatsapp / Telegram 
Efah Mustaffa
0134347079

Bagi yang ingin COD, boleh di sekitar Sungai Petani, Alor Setar, Jitra dan Perlis

Thanks for reading!

Sunday, 19 June 2016

▶Penjenamaan Semula Mineral Coffee ke Min Kaffe◀


Assalamualaikum.. Siapa sini pengemar Mineral Coffee keluaran Hai-O Marketing?

Saya salah sorang pengemar Mineral Coffee ni.. Memang serasi sangat coffee ni dengan Ifa.. Mana tak nya mineral coffee ni ja naikkan HB Ifa ketika pregnant tahun lepas. Yang bestnya mineral coffee ni selamat untuk wanita hamil ok.. So korang jangan ragu-ragu.. Untuk ibu berpantang, menyusu pun selamat uolls.. Siap susu bertambah lagi ada lah.. Kopi ni my milk booster and energy booster jugak.

Bulan depan May 2016, Mineral coffee dah tukar penjenamaan semula produk ni kepada Min Kaffe.

Tak kesah la penjenamaan baru ka apa.. Tapi yang pasti rasa coffee + garam buluh tu tetap lah sama. Yang tak sama adalah harganya ya.. Naik skit la dari harga sekarang. Coffee ni memang lain dari yang lain sebabnya bukan ada sebarang gula tau tapi ada garam buluh. Pelikkan.. tapi sedap tau.. Memang sesuai sangat kalo nak cergaskan badan setiap hari.. InsyaAllah dengan hanya 1 sachet saja buatkan korang cergas dan aktif sepanjang hari tau.

New look.. kotak sama jer cuma nama Mineral coffee dah bertukar ker Min Kaffe.. Rasa coffee dengan garam buluh tu tetap lah sama..

Sapa-sapa nak beli untuk mencuba Min Kaffe ni boleh roger Ifa ya.. pelbagai khasiat yang menarik dalam coffee ni.. korang tak cuba tak tahu.. kalo dah cuba boleh jatuh chenta tau... hehehe Ifa sendiri sehari boleh 2 sachet Ifa bantai minum.. hihihi. Time sahir wajib ambil.

Jom habiskan baki Ramdhan tahun ni dengan amalan berlipat kali ganda. Nak bertenaga confirm la kena minum Min Kaffe.

Psst.. siapa beli 6 PERCUMA 1 Cozuma Lipstik💄 tuuu...💋👄😍😍😍

Monday, 16 May 2016

Peluang Menjana Pendapatan dari Rumah

Projek Bonus RM500!

Perlukan side income?
Minimum bonus bulan depan RM500.. 

Siapa nak??

RM500 ja lebih baik dari tak dak extra apa apa. Betul tak?

Untuk bermula hanya dengan RM50 saja dan modal adalah ikut kemampuan..

RM100?
Rm200?
RM500?
RM1000?
RM2000? 
RM4500?


Terserah ikut kemampuan anda. Berapa pun nilainya anda boleh mula. Kalau langsung tak ada, at least RM50 saja...

In shaa allah bagi peluang untuk Ifa guide supaya RM50 tu berganda kepada RM500..

Jika tidak cuba mana tahu mampu atau tidak. Boleh atau tidak.
Tekan button MULA sekarang.

Terbuka untuk semua golongan samada pekerja swasta, goverment, suri rumah atau student. Anda layak!

Whatsapp Ifa sekarang..
Efah Mustaffa
0134347079

Wednesday, 13 January 2016

Macam Mana Ifa Handle and Basuh Cloth Diapers

Hai semua... Harini nak share dengan semua macam mana Ifa handle and basuh cloth diapers atau lampin moden. Sama macam lampin zaman mak kita pakai. Bezanya jadi lampin moden sebab dia ada color dan design yang sangat cantik. Siap ada snap dan velcro. So tak payah guna pin dah, siap kalis air lagi..

Sekarang ni my morning routine totally changed after having my son Dahin Amsyar. Tukar status and menjadi mak orang ni sangat mencabar. Kena korbankan masa sendiri dan kena ikut masa baby.. Bila ada anak baru tau. Dulu just dengar dari pengalaman orang lain. Sejak jadi mak orang jangan harap nak mandi setengah jam sambil belek-belek badan, tak sempat nak makeup lama-lama, main calit ja. Semua nak kena cari yang mudah. Tambah pulak Ifa dok sendiri, 24 jam dengan baby so manjanya Ya Allah.. Nak melekat ja! Hahaha.. Sabar jela Dahin Amsyar.. 

My morning routine ni bertambah rumit bila Ifa decide nak fully CD-ing for 2016.. Semangat kan.. Dah tak sempat nak bangun mengeliat kehulur hilir sebab bila Dahin tidur, tu masa settlekan semua kerja rumah. Awal pagi nak kena mandi cepat-cepat, basuh baju siap-siap, sidai, lipat baju, sapu sampah, basuh pinggan, masak... Banyaknya kerja! Belum masuk kerja update blog, Facebook and Instagram since Ifa ni online entrepreneur jual Premium Beautiful, Biovelocity Sleepmate, Mineral Coffee, Marine Essence Series, BB Plus Collagen dan banyak lagi... Nak ambil order, sambil tu kena reply message customer, business partners.. Wahhh.... Memang jadi supermom la. Semua boleh buat serentak..

Fully CD-ing?? Wahhhh!! Ini lagi menambahkan kerja. Kalau pakai DD kan senang just beli and pakaikan. Dah guna buang dalam tong sampah tapi Ifa memang suka membanyakkan kerja.. Memang keputusan berani mati sebab cloth diapers ni sama sensitifnya dengan EBM. Banyak benda nak kena handle and study, also a little bit leceh dan menyusahkan diri sendiri tapi bila dah expert memang senang jaaaa... Tak susah mana pun. Cewah!

Untuk tahun 2015 Ifa ada jugak pakaikan Dahin cloth diapers (CD) tapi tak fully lagi. Bila keluar berjalan atau pergi rumah mak and mentua memang pakaikan disposable diapers (DD) ja. Hujung tahun 2015 kami ada family trip ke Pulau Aman and Ifa pakaikan Dahin DD jugak sebab tak confident lagi pakaikan CD time tu sebab over night sana. Disebabkan stok Dahin dah nak habis, kami decided beli sepakat DD brand Drypers for small size. Bersalah rasa sebab dah niat nak pakaikan Dahin CD ja. 

For 2016 Ifa berazam untuk tak nak beli DD langsung, selain nak full CD-ing.. Stok DD yang ada tu kita pakai jala kalau emergency. DD tu dibeli dalam tahun 2015 so still valid la azam ni. Tak kan nak membazir pulak.. Tunggu hujung tahun kita tengok berjaya tak..

Back to Topic, how I manage my cloth diapers now. 

Untuk stok sehari, Ifa pakaikan 5-6 PCs CD pada Dahin. Average 5 pcs ja. Jadi 6 Kalau Dahin poo poo  ja. 

5@6 pagi - 10@11 pagi : 1 pcs
10@11 pagi - 2 petang : 1 pcs
2 petang - 5@6 petang : 1 pcs
5@6 petang - 10@11 malam : 1 pcs
10@11 malam - 5 pagi : 1 pcs 

Time malam Ifa pakaikan CD yang high quality sikit so boleh bertahan sampai 7-8 jam. Dua jenis CD yang Ifa berani pakaikan pada waktu malam ialah Grovia and Funky Fluff. Both ni brand from oversea and price RM80++. Tapi berbaloi sebab cutting trim and sangat cantik dan tak bocor walaupun lebih 7 jam.

Total CD Ifa ada 24 pcs for now. Cukup untuk rotation 4-5 hari..

Lovelyworld pocket style : 3 pcs 
Grovia AI2 (Hybrid) : 2 pcs
Funky Fluff 3 in System : 2 pcs
GG B-Dipe pocket style : 3 pcs
Sunbaby pocket style : 3 pcs
Babyland pocket style : 4 pcs
Happy Flute AIO Day : 5 pcs 
Glowbug pocket style : 2 pcs

Ifa saja beli setiap brand and beli dalam kuantiti sikit sebab nak try and error. Leaking tu normal. Kadang-kadang cara kita masukkan insert salah, tak prewash cukup, cara pakaikan CD pada baby tak kena.. Ada banyak faktornya. Walaupun beli CD yang ekonomi tapi kadang dia punya performance superb juga. Janji pandai jaga dan uruskan CD ni...

Ramai orang ingat susah nak handle CD ni. Sbenarnya tak langsung! Ni Ifa share sikit.. 

Tak susah pun, bila baby pee pee, terus dumb CD tu dalam bekas yang disediakan atau bekas bertutup. Ifa letak dalam baldi ja. Kalau baby poo poo pulak, kena buang poo poo baby tu dulu dalam toilet sebelum letak CD dalam bekas yang tadi jugak. Lepas tu nanti, masukkan dalam washer mashine, biar dia settlekan semuanya. Tak payah nak mencuci bagai pun. Of course kena masukkan dalam laundry net tu. Tak nak snap and velcro rosak. Just masukkan shell, soaker atau insert biar bebas terapung.. Ada yang basuh 2 hari sekali, ada yang basuh 3 hari sekali. Ikut la kadar kerajinan anda..

My style pulak?? Ifa versi rajin sikit memandangkan Ifa ni Work At Home Mother (WAHM).. So kadar kerajinan lebih sikit. Sebabnya Ifa basuh sehari sekali and Ifa basuh dengan tangan ja... Haa, rajin kan!

Lepas guna CD, kalau Dahin poo poo Ifa akan buang stool ke dalam mangkuk tandas sebelum letak CD yang tak basuh ke dalam baldi. Pancut air deras-deras supaya semua poo poo u hilang and masuk dalam mangkuk tandas. Dah basuh masukkan dalam baldi yang disediakan. Yang pee pee, Ifa terus ja masukkan dalam baldi, esok nak cuci baru bilas pee pee dengan air.

Bangun pagi sebelum nak mandi pagi-pagi tu, keluarkan insert/soaker dari CD. Bilas dulu CD and soaker/insert especially CD yang terkena pee pee. Sebab kalau yang terkana poo poo awal-awal dah bilas. Ifa bilas dua kali bagi keluarkan semua najis-najis tu supaya nanti tak la berbau..

Masukkan sedikit sabun yang tak ada pelembut, pewangi atau peluntur. CD ni sensitif sikit so dia ada sabun dia tersendiri. Macam Ifa guna RGD, memang khas untuk CD. Senang! Lepas tu basuh macam biasa. Macam Ifa bagiau kat atas, Ifa basuh CD guna tangan ja. So setiap pagi wajib buat aktiviti ni. Tak susah pun. Sambil mandi, tonyoh CD yang terkena poo-poo tu. Tak boleh guna berus tau nanti CD cepat rosak. So tonyoh dengan tangan ja. Kalau ada kesan poo poo dia lagi jangan risau, lepas sidai nanti and kering kesan poo poo tu akan hilang. Bila basuh dengan tangan sangat la senang. Puas hati.. 

Ifa bilas 3 kali dengan air bersih. Siap cium bau lagi takut ada bau-bau kurang enak. Sebelum sidai dengan ampai, Ifa sidai dekat dalam toilet dulu untuk sejat air dia. Sebab Ifa sidai CD ni dalam rumah jaaaa.. Ada bilik kosong yang serupa sauna so memang cepat CD ku kering...

Tapi kadang-kadang kalu balik kampung, sidai jugak direct dengan matahari. Sebaiknya bahagian dalam menghadapa cahaya matahari tu so kalau ada kesan poo poo conirm akan hilang terus.. Lagi satu nak jaga warna CD supaya tak lusuh so nampak baru selalu..

Ni cara Ifa. Setiap orang tak sama. Bagi Ifa biar simple and senang so boleh la istiqamah untuk fully pakaikan Dahin CD sampai dia potty training.. Hehehe



Ni adalah aktiviti setiap pagi sekarang ni. Awal-awal rasa leceh sebab kerja dah bertambah tapi lama-lama rasa seronok pulak. Paling seronok dah tak nampak sampah DD yang nak kena buang dalam tong sampah. Kalau tidak sedozen. Paling seronok bila tengok bontot Dahin yang ceria dengan CD-cd dia. Buatkan Ummi dia teruja nak membeli tapi kena puasa kejap sebab berjimat. Salah satu lagi azam tahun ni. Banyakkan menyimpan dan menabung dari berbelanja.. Yeayhhh...

Bagi ibu-ibu yang bekerja, pastinya kena cari babysitter yang sanggup CD ni and ada cara untuk handle CD dengan BS jugak. Next time Ifa shar ok. Tu pun based pada bacaan dan pengalaman orang lain sebab diri sendiri tak hantar anak ke babysitter.. Heheheh

Terima kasih sebab membaca celotehan Ifa ni. Baca lagi next entry ya...

Friday, 8 January 2016

Kebaikan Pil atau Herba Maharani

Kali nie nak cerita tentang MAHARANI? Tahu tak apa itu HERBA MAHARANI??

Rugi sungguh kalau tak merasai kehebatan herba Maharani ni. Ifa mengaku dah jadi pengguna TEGAR! Sebabnya sebelum kahwin dah consume, lepas kahwin dan sekarang lepas bersalin dan berpantang still consume Pil Maharani dengan jayanya... Dah 5 tahun lebih bersam Pil Maharani tau.. 

MAHARANI ni adalah herba yg TERBAIK!!!
Kenapa kata begitu.. Sebab dah ramai testimoni yg ada.

 Jom!! kita kongsi "Apa itu Maharani" 

“Herba Maharani berfungsi untuk menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja" (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain).
Ia adalah amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim) dan melegakan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas. Banyak kelebihan pil maharani ni. Ni Ifa kongsikan sedikit..


TESTIMONI: 1 
Saya dah cuba makan.. tapi saya ambil dos yg sedikit. Hanya ambil 10 biji pagi & 10 biji mlm (tapi kekadang waktu malam saya selalu skip ambil ubat). Sebab saya tak pernah ambil sebarang jamu sebelum ni. So saya tak berani utk ambil dgn kuantiti yg banyak. but so far, walaupun ambil dgn dos yg kecil... Kesannya amat positif. Terutama dari segi keputihan. Mula2 makan saya tak rasa -apa-apa.. Dah 3-4 hari ambil, Alhamdulillah... Bila dah nak habis sekotak ni, saya dah tak alami masalah keputihan lagi.. Syukur sesangat.. Sebelum ni memang teruk gila...
  
TESTIMONI: 2
Pil ni memang bagus saya sendiri dah makan 3 kotak. First trial memang badan rasa sengal-sengal tapi sekarang badan dah ok malah rasa lebih bertenaga, kalau balik ofis takde lagi rasa penat or mengantuk. Memang sesuai jadikan pil ni supplement terutama wanita yg ada karier. Bangun pagi pun badan rasa fresh sangat2.. Period pun lebih teratur, dan senggugut pun takde lagi alhamdulillah, sebab dulu kalau period memang sampai takleh bangun katil.. terpaksa berbaring sepanjang hari.. Satu lagi yg penting pil ni memang boleh cantikkan kulit, terutama wajah akan lebih berseri2 kemerahan lagi.. dan buatkan kulit kita lebih lembab.. try lah.. baru tau kebaikannya!!!

TESTIMONI : 3
Untuk amalan selepas bersalin. Dia mula mengambil pil maharani ini selepas seminggu melahirkan anak. 25 biji pagi dan malam. 7 kotak sepanjang berpantang. Tidak mengambil lain-lain herba, berurut, bengkung bertungku tu buat lah.. Dalam minggu pertama pengambilan, air susu (badan) bertambah, muka tidak pucat (berseri). Terasa sihat dan bertenaga sepanjang berpantang.  Katanya juga, mak bidan yang mengurut pun tegur, terkejut dan bagitau peranakan dia dah naik semula. ( bukan tokok tambah ni..mak bidan tu pun terus nak menjual herba ni ). Bayinya pulak (yang minum susu badan), mula-mula tu cirit-birit sedikit, (waktu ini dia hanya ambil 1x sehari sahaja). Selepas semua dah okay, pengambilam seperti biasa.  Apa yang boleh dilihat pada bayinya ialah kulitnya tidak banyak ruam seperti sesetengan bayi yang baru lahir. Istimewa untuk bayi yang menyusu badan apabila ibu mengamalkan herba ini, kulit anak akan jadi lebih cantik dan licin, anak dapat imunisasi, antibodi menjadi kuat. Tidak mudah jatuh sakit.

TESTIMONI : 4
Ada sorang sis ni dia makan maharani selepas disyorkan oleh kakak ipar dia sebab mengalami senggugut yg teruk..sehingga terpaksa ke klinik utk ambil injection utk hentikan period.dia mula makan after period, 15 biji setiap pagi & 15 biji malam sampai habis sekotak. lepas tu, period tak datang lagi...dia buat check up..Alhamdulillah positif! Yang paling mengharukan,di samping nak hilangkan senggugut, rupanya dia dah 2 tahun try macam2 utk mengandung..anak yg kecik dah 9 tahun dah...mmg berita ni mengejutkan dia sekeluarga...

 TESTIMONI: 5
Cerita seorang rakan yg memang amalkan makan Maharani sebagai supplemen kesihatan,dia bagi maknya cuba Herba Maharani selepas maknya mengadu tapak kaki bisa-bisa dan tak boleh pijak lantai. Alhamdulillah selepas 5 hari amalkan. 10 biji pagi & 10malam, kakinya dah tak bisa-bisa lagi....

TESTIMONI:6
Saya nak kongsi pengalaman dgn u all pasal maharani nih…xtau lah korang biasa dengar ke tak tapi yg pasti benda nih tengah top sekarang…mula2 my sister in-law yg offer kat i…i try lah..dan i trasa kesannya menakjubkan…dan i pun ask my family semua try…dorg try pun cmtu gak..i pun promote kat kengkawan…pun camtu..antara kesan2 yg dorg alami ialah, yg sorg tu dah lama kawin tapi xde zuriat..mcm2 dah dia cuba…lepas dia makan maharani ni dlm 3 kotak..(xhabis pun) dia mengandung..(alhmdllah-kuasa allah) tapi kurang2nya kita iktiar kan… adik ipar i, dia sakit2 lutut, sendi2 dan migrain yg teruk skali..mlm xleh tidur…i bagi dia try…alhmdllah..sakit2 berkurangan dan skrang xde masalah lagi..dia masih lagi continue..my officemate lak..dia baru 1yr bersalin…kesan jahit dia masih terasa bila dia bersama ngn hubby..pas dia mkn maharani ni…dia xsakit lagi malah bertmbah sedap.my mom, biasalah dah veteran kan…haid bulanan dia makin hari makin kurang…dan pas dia amalkan maharani ni, haid dia dah normal..dan banyak seperti biasa…mcm2 lagi kesan dan kehebatan nya…thats y i nak kongsi ngan u all semua…

Ni antara testimoni Pil Maharani yang bergambar pulak. Kalau still tak percaya, memang rugi sangat! 

Pil Maharani bantu untuk mengandung



Pil Maharani juga membantu dalam projek memikat hati suami.. Macam mana?? Cuba dulu sekotak, nanti tengok apa kata suami..






Pil Maharani membantu mengurangkan dan menghilangkan keputihan



Pil Maharani membantu melancarkan period dan menjadikan period teratur. No skip tiap-tiap bulan dah..








Pil Maharani juga membantu menghilangkan senggugut



Pil Maharani membantu mengeluarkan darah nifas dan membuatkan badan lebih ringan dan bertenaga.


**Semua testimoni atas jasa encik Google. Credit to TDC, The Diamond Circle, GLAM 

Bagi sesiapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, pil ni memang khusus untuk kesuburan rahim, mengaktif dan meningkatkan hormon.. Ia juga membetulkan aliran darah.. Antara fungsi-fungsi yang dapat membantu bagi mendapatkan zuriat. Dinasihatkan untuk mengamalkan pil ini selama sekurang-kurangnya 4-5 bulan bagi mengetahui tahap kesesuaiannya.. In Shaa Allah bagi yang sesuai.. Dengan izin Allah akan mengandung dalam tempoh tersebut. Lagi berkesan jika pakai sekali Premium Beautiful satu set.

Bagi yang bermasalah dengan period pulak, kalau senggugut.. Bulan pertama selepas ambil kotak permulaan tu akan rasa sakit berkurangan, sekiranya terus amalkan makan bulan ke 2, ke 3 dan seterusnya.. Sakit senggugut akan hilang.. Boleh stop makan atau teruskan.

Selain tu, ni kelebihan Pil atau Herba Maharani..

Kehebatan Herba Maharani:-
1. Ia akan menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
2. Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan dan kekuningan.
3. Anti bakteria (sekitar faraj)
4. Melegakan sakit pinggang, sendi dan lutut.
5. Melegakan migrain dan angin dalam badan.
6. Menguatkan hati dan buah pinggang.
7. Melegakan asma.
8. Menghilangkan bau mulut (terutama waktu pagi)
9. Baik untuk pesakit diabetes (untuk kencing manis)
10. Menyelesaikan masalah buasir.
11. Merangsang hormon estrogen, progesterone & androgen (hormone seks)
12. Menberi kebahagiaan kepada pasangan.
13. Kesuburan dan awet muda.
14. Mencantik, menegang dan melicinkan kulit.
15. Menaikkan seri muka.
16. Menegangkan payudara.
17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
18. Melambatkan proses menopous.
19. Menguatkan antibodi/imunisasi.
20. Melancarkan peredaran darah.
21. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam.
22. Amalan semasa berpantang.
23. Menambah darah semasa bersalin.
24. Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan.
25. Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin.
26. Menghilangkan urat timbul.
27. Mengimbangi tekanan darah.
28. Meningkatkan kecerdasan minda.

Testimoni Ifa sendiri yang dah hampir 5 tahun amalkan Pil Maharani ni, Ifa memang sarankan semua wanita untuk amalkan pil ni, tak kira tua atau muda, sudah berkahwin atau belum. Sebabnya, sebelum kahwin Ifa amalkan Pil Maharani, period jadi teratur, tak ada masalah senggugut dan keputihan. Ifa amalkan Pil Maharani dan Premium Beautiful, alhamdulillah mengandung! Memang tak amalkan apa-apa yang lain. Time berpantang Ifa amalkan jugak, jaundice baby cepat turun, badan tak letih, darah nifas keluar habis and badan rasa ringan. Lepas berpantang pun still amalkan, memang badan rasa bertenaga sangat. Paling best Pil Maharani ni bertindak sebagai milk booster Ifa. Serius banyak susu sampai bengkak setiap hari. Pakai pulak Premium Beautiful, memang susu melimpah ruah..

Kalau nak berkesan, kena amalkan selalu. Bukan makan sekotak terus nak kesannya ya. Salah tu... Banyak dah orang berjaya dengan Pil Maharani so kena amalkan. Herba wajib ni..


Sangat mudah utk sihat dan bahagiakan diri kita sebagai wanita…Harganya pun sangat berpatutan.. Maharani sekotak untuk sebulan… So kos yg diperlukan hanyalah RM98.00 sahaja.. 

Jika berminat,

SMS / Whatsapp / Telegram 
Efah Mustaffa
0134347079

Bagi yang ingin COD, boleh di sekitar Sungai Petani, Alor Setar, Jitra dan Perlis

Thanks for reading!

Thursday, 7 January 2016

Cloth Diapering : Tips for Newbies

Cloth diapers atau lampin kain moden ni sebenarnya sangat menarik walaupun agak leceh tapi bagi ibu yang rajin macam Ifa ni (perah santan lebih), memang seronok. Self satisfaction bila tengok Dahin pakai cloth diapers ni...

Awal-awal penggunaan memang jadi leaking jugak. So Ifa buat study lagi, tengok tutorial dekat YouTube macam mana nak pakaikan baby CD supaya tak bocor. Actually oversea banyak pakai CD ni. Dekat Malaysia ja kurang sket. Memang kena banyak study, join group dekat Facebook, search blog-blog pasal CD and tengok YouTube. Akan beanyak membantu..

Niat asal nak pakai CD untuk berjimat tapi bila dah start membeli jadi obsess pulak. Semua design cantik. So tips untuk stop membeli, catat semua harga bagi semua CD dah dibeli and calculate. Bila tengok amount dah over RM1,000 terus gerun. So puasa kejap. 

So far Ifa ada 24 pcs CD so boleh rotate 4-5hari. Cukup la bagi beginner and newbie macam Ifa ni. And Ifa tiap-tiap hari basuh so should be no problem. 

Here nak share sedikit tips untuk newbie mommy yang nak berCD-ing walaupun Ifa pun still newbie tapi hope this will help you. Sebab Ifa sangat sangat tahu memang pening bagi newbie nak start CD-ing dengan term and jenis CD. Punah hidup nak kena study satu-satu. Awal2 memang pening sket tapi bila dah faham, In Shaa Allah ok. Memang worth it berCD ni... 


Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?

LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:

Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips). Kalau beli yang economy pun boleh tapi ketahanan kurang sket berpadanan dengan harga tapi kalau kita pandai jaga, In Shaa Allah akan bertahan lama jugak.

Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan? For newbie, 20 pcs should be ok. Try tambah time to time. Big rotation akan jaga ketahanan CD kita tu.

Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan. Tapi bagi newborn, better beli Velcro senang nak adjust. Kalau nak hantar pengasuh atau bagi husband or mak yang jaga, memang kena bagi jenis Velcro. Yang snap susah bagi mereka. Silap-silap dipakaikan DD plak.

Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak. Ifa guna RGD memang recommended..

Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula? Semua CD Ifa jenis ni, tak beli pun one size sebab nak berjimat kannnn...

Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.

Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer. Ifa jemur dalam rumah saja sebab ada satu bilik yang lebih kurang sauna (panas sangat). Sekali sekala jemur direct bawah matahari jugak.

Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut. Semua Ifa basuh dengan tangan sebab setiap hari basuh. Time nak mandi pagi, basuh sekali semua CD.

Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiberkerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).

Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.

Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.

JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!

Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.

Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.

Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.

Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.

Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...