Tuesday, 24 April 2012

Kanser Payudara


KAITAN LYMPHOEDEMA DENGAN KANSER PAYUDARA





..........Gambar hiasan........


Mengurangkan bahaya Lymphoedema anda
Lymph adalah cecair tidak berwarna yang terjadi di dalam tubuh dan mengalir ke dalam darah melalui rangkaian saluran dan lymph nodes. Lymph nodes menapis cecair, menjerat kuman, sel-sel kanser dan segala partikel yang tidak di ingini di dalam pengaliran darah. Apabila lymph nodes disingkirkan, tubuh akan menggantikannya dengan ‘menukar arah aliran’ lymph menerusi saluran lain di dalam bahagian tersebut. Walau bagaimana pun, system ini kurang berkesan. Jika saluran ini melebihi  muatannya, cecair lymph akan berkumpul dalam tisu, menyebabkan tisu menjadi bengkak dan dikenali sebagai Lymphoedema.

Kenapa Lymphoedema dikaitkan dengan Kanser payudara?
Jika sel-sel kanser telah mula merebak dari payudara, sel-sel Kanser ini dapat dikesan di dalam lymph nodes di bawah lengan. Lymph nodes yang mengandungi sel-sel Kanser mestilah disingkirkan, tetapi buat masa ini, satu-satunya cara untuk mengetahui samada bahagian itu terjejas atau tidak ialah dengan  menyingkirkan bahagian tersebut (satu prosedur yang di kenali sebagai ‘axillary dissection’), agar bahagian itu boleh dilihat di bawah mikroskop. Malangnya, cara ini mendedahkan wanita kepada peningkatan risiko terhadap Lymphoedema.


Adalah  diharapkan satu prosedur yang agak baru dikenali sebagai ‘sentinel node biopsy’dapat mengurangkan risiko ini. Satu ‘sentinel node biopsy’ membolehkan pakar bedah terlebih dahulu mengenalpasti node atau nodes yang berkemungkinan terjejas. Jika keadaan ini jelas, nodes yang lain juga berkemungkinan akan terjejas dan nodes itu tidak perlu disingkirkan. ‘Sentinel node biopsy’ mungkin tidak sesuai bagi semua wanita. Radioterapi pada ketiak juga menggangu pengaliran semulajadi lymph menjadikan ini satu lagi factor risiko dalam perkembangan Lymphoedema.




Bagaimana anda mengetahui jika anda mempunyai Lymphoedema?

Lymphoedema boleh  terjadi pada bila-bila masa selepas pembedahan walau-pun beberapa tahun kemudian. Adalah penting untuk mengetahul tanda-tanda dan simpton –simptonnya. Jika lymphoedema mula berkembang, lebih cepat anda mendapatkan nasihat dan memulakan  rawatan, adalah lebih baik supaya anda boleh bertindak awal untuk mengatasinya.

Simptom-simptom awal lymphoedema lalah seperti:
  • Membengkak di lengan atau payudara (anda boleh menyedari bahawa cincin anda, lengan baju atau pergelangan tangan terasa  ketat.)
  • Merasa tidak selesa, berat, ketat di lengan atau payudara.
  • Terasa sakit-sakit  di bahagian lengan atau bahu.
INGATLAH

·   Tidak semua wanita yang telah mengalami kanser payudara akan mengalamilymphoedema.
·   Diagnosis dan rawatan awal dapat membantu untuk menga-wasinya, mengurangkan keadaan bengkak dan membaiki fungsi lengan.
·   Sedar akan kemungkinan berlaku masalah.
·   Ambil langkah berjaga-jaga.
·   Perhatikan tangan anda jika terdapat sebarang perubahan.
·   Dapatkan nasihat perubatan dengan segera.

Gunakan lengan anda di dalam aktiviti harian

Senaman Lengan & Bahu dapat membantu anda mendapatkan semula pergerakan normal dan mengekalkan peredaran darah normal.

Sangatlah penting untuk menggunakan lengan anda secara normal untuk dpat kembali melakukan pergerakan penuh dan mengurangkan masalah-masalah seperti kejang bahu, lemah otot, serta penegangan kulit dan otot.

Cadangan-cadangan yang diberi di bawah ini dapat mengelakkan Lymphoedema

  1. Gunakan bahu serta lengan anda di dalam pergerakan normal sekerap yang boleh.
  2. Gunakan kedua belah lengan ketika beraktiviti, sama seperti sebelum pembedahan.
  3. Elakkan menggunakan lengan anda secara berlebihan.
  4. Ketika lengan anda sedang membaik pulih, elakkan mengangkat benda-benda yang berat.
  5. Biasakan diri untuk membawa beg tangan dengan menggunakan lengan yang tidak menjalani pembedahan.
  6. Berhati-hati ketika memotong kuku.
  7. Gunakan pelembap untuk mengelakkan kekeringan dan pecah-pecah.
  8. Lengan yang telah menjalani pembedahan tidak sepatutnya digunakan untuk mengambil tekanan darah, mengambil darah, memasukkan saluran ‚drip’ atau suntikan.

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika lengan atau tangan anda terdapat pembengkakan, tanda-tanda merah atau sebarang tanda jangkitan.

Dipetik daripada; Pakar Penjagaan Payudara Amita

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...