Sunday, 26 August 2012

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha


Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

Thursday, 23 August 2012

Hanis Haizi in Hijabita Magazine

Young, Rich and Famous..

Mereka bukan artis dan tidak perlu untuk jadi artis kalau hendak jadi seperti mereka...

Just doing PREMIUM BEAUTIFUL BUSINESS..

Mereka jadi lebih dari artis..

Wanna to know why??
Lets me introduce to my great leader      CDM HANIS HAIZI...


CDM Maisarah Ibrahim, CDM Hanis Haizi, CDM Salha Zain, DSM Echenta

Dapatkan majalah Hijabista Edisi 3, September edition...



And see the entry of my leader and sidelines...

PARTI LIMPAH MEWAH, 4 MAHARANI MLM..

Buat bisnes online dapat pangkat maharani pula... 




 Bukan satu tapi dua entry mengenai Hanis Haizi dalam magazine ini..

Second entry mengenai Paris Kota Fesyen Idamanku!!

Memang menjadi idaman ramai untuk menjejakkan kaki di Kota Paris tapi dengan bisnes kami boleh pergi secara percuma sponsored by our company.. Just bring pocket money..yang lain semua ditanggung ocay.. =)






This is not a first time Hanis masuk majalah.. 
Before this Hanis masuk Berita Harian, majalah Nur, dan majalah Nona..





Macam mana Hanis boleh jadi famous walaupun bukan artis??

She is the Top Agent of Premium Beautiful dan adalah perintis kepada bisnes Premium Beautiful secara online...

Bermula hanya dari seorang suri rumah and now became successful businesswomen with income RM250k++ per month...


Memang sukar hendak percaya pada kemampuan diri kalau kita tak mencuba tapi kita tidak akan tahu kemampuan diri kalau kita tak mulakan langkah pertama..

Mudah sahaja kalau hendak berjaya..

Perlu ikut cara dan kerja orang yang sudah berjaya, baru kita boleh berjaya..

Nothing impossible if we believe to achieve..

Wanna to be like Hanis Haizi??
Lets be part of the GLG family.. 

Efah Mustaffa
013-4347079

Wednesday, 22 August 2012

Selebriti PB dari Yasalma


Hye darl..

Today saja search pasal dress untuk tengok fesyen nak buat baju...then terjumpa post ni dari Yasalma.. 
very appreciate it..nak share dengan korang lak..

Buat bisnes Premium Beautiful tapi dapat jadi selebriti ocay.. 



Yasalma Collections..


`Selebriti PB`

Selalunya kita hanya berpeluang melihat para artis  yang melaram dress2 rekaan designer krn mereka mendapat liputan media...so semua boleh jamu mata melihat mereka kan...dari rekaan yang sangat2 cantik..biasa2 sehinggalah   ada  yang pelik2 sehingga  dikatakan selebriti ni jadi mangsa fesyen...


oh! mangsa fesyen??? Kenapa tak empunya diri ada pendirian supaya tak jadi mangsa fesyen..atau sebenarnya mereka redha je...janji disponsor :D huhuhu tk kisahlah...biar pelik janji tak menjolok mata kan....

Berbalik dgn tajuk....Sebenarnya ada  group `selebriti` yang sy amat tertarik untuk berkongsi  fesyen mereka dgn anda semua. Mereka ini  bukanlah `selebriti` yg biasa anda lihat di tv atau majalah. Tapi mengapa sy  kata mereka  selebriti??? 

 Ni semua gara2 mereka melaram gojes persis selebriti untuk setiap event khas dikalangan mereka! Wow!! Bukan main melaram habis mereka tanpa budget2 harga dress...yelah..orang ada duit kan....kalau saya melaram pun...sebab sy boleh buat dress sendiri.   Tapi mereka ni memang pakai dress beribu riban! Mana taknya...mari kita saksikan setiap dress yang mereka  tempah dari designer2 terkenal tanahair. Dari yang berharga  beribu hinggalah belas ribu malah ada yang puluh ribu! MAsyaallah...!!!






Adibah Karimah / Busana rekaan EZUAN ISMAIL





Shaliza Aziz / anggun dengan rekaan Rizman Ruzaini





Sha Khalid /  dengan rekaan exclusive dari JEDAN 




Echenta / dengan rekaan Rizman Ruzaini. Wow! Mmg mcm selebriti!




 Dan bawah ini Hanis Haizi....solute for her achivement! Dress jangan habaq la....dari designer bergelar Datuk tu....



http://www.hanishaizi.com/ oleh Datuk Radzuan Radzwill 
(jenguk2lah website jutawan ini...:D)




Dan..yang ini ilham pereka baru dan muda tak muda sgt la....hehehe




Dan yang ini si comel masih lagi bergelar pelajar tapi bukan main confiden letak budget dress hehehe   http://www.efahmustaffa.com/ lawatilah link ini utk mengenali rahsia dia comel!
Terimakasihlah Si Comel sudi tempah dengan Yasalma ye....nanti  bole reka yang lebih mengancam lagipun Si Comel ni tak terancam pun dengan budget sebab dia memang mampu! Tahniah ye atas kejayaan anda! Kirim salam kat sifu2 anda...:D 

Sebenarnya banyak lagi kekawan mereka dgn dress2 gojes dari pereka2 tempatan termasuk dari JOVIAN dll tp ini sahaja yang sempat saya upload slps dpt izin mereka.... Kalau kekawan yang nak tahu siapa mereka lebih lanjut lagi bolehlah melawat pautan yang sy bagi tu.... bole  cuci mata lihat kehidupan menarik mereka...percutian2 mereka dll

p/s : Mereka selalu ada event dinner. Tak sabar nak tengok mereka melaram lagi! Macam tunggu artis melaram di abpbh pula:p
Kekawan tunggu je la ye sy update fesyen2 terbaru mereka insyaallah!

Tuesday, 14 August 2012

Selamat Hari Raya Aidlfitri

Assalamualaikum dan selamat bersahur semua...

Dikesempatan ini, Ifa ingin memohon ampun dari hujung kaki sampai hujung kepala kepada semua andai ada salah dan silap...

Ifa juga hendak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada...

Make sure pakai PREMIUM BEAUTIFUL dan minum LACTOLITE di hari raya nanti untuk maintain body ocay.. 

Sesiapa di Perlis, jemput la kerumah...
Sudah ramai list untuk berjumpa Ifa sebab hendak beraya dan sekaligus ambil PB..jom jadi salah sorang dan tambahkan list Ifa tu...
weee.. =)

Anything contact me at 



Efah Mustaffa
012-4390989 / 013-4347079

Sunday, 12 August 2012

Hanis Haizi in Hajabista Magazine..


Sekali lagi my great leader CDM Hanis Haizi terpampang di majalah..

Before this Berita Harian, majalah Nur dan malajah Nona..

And now in Hajabista magazine.. salah satu magazine yang quite famous for nowadays..

She with her biz partners..that is CDM Salha, CDM Maisarah dan DSM Echenta..

Stay tune for more story on this ocay.. =)

Efah Mustaffa
012-4390989 / 013-4347079

Saturday, 11 August 2012

Petua untuk terus positif...


Bukan mudah untuk berjaya tapi wajib ada jalan untuk berjaya sebab sudah ramai orang disekeliling Ifa mampu capai kejayaan.. 
So today hendak share petua untuk kekal positif ocay.. =)


Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.


Like my leader CDM Hanis Haizi.. dia ada aim tersendiri...

InsyaAllah tahun ni my target untuk lahirkan 10 orang CROWN DIAMOND MANAGER bakal tercapai! the clock is ticking, time is running!! 2 months sahaja tinggal until! let's fight til the end!!  - From CDM Hanis Haizi

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.
Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.


Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita


Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

Sunday, 5 August 2012

My wish car - CIVIC 2012

I totally fall in love with this New Civic..
Aiming for this car..
Insyallah..

Usaha tangga kejayaan..
Dengan business Premium Beautiful tiada yang mustahil sebab my leaders dah buktikan..

Income RMxxx,xxx sebulan.. 
Wowww!!!







Installment for Premium Beautiful


WE ARE ACCEPTING 12 and 24 months installment for PREMIUM BEAUTIFUL!!!
*Applicable for those in Northern Area (Perlis, Penang and Kedah)

As low as RM100/ a month!!

What are you waiting for?????

Call us now!!

0134347079

Benefits of wearing PB
  • Reduce Stretchmark!
  • Increase Blood Circulation!
  • Prevent Cancer!
  • Balance out estrogen and progesterone
  • Period Pain/Menstrual Cramp
For Slip disc/Back pain
(Certified by AMERICAN CHIROPRACTIC ASSOCIATION!)


  • Control your food intake
  • Reduce Migraine/Headache

  • Reduce Gastric

And many more benefits......

Wednesday, 1 August 2012

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Assalamualaikum semua.. pagi-pagi ni selepas solat subuh dan mengaji al-quran memang perkara wajib check email dan facebook sebab this part of my job.. almaklum la buat bisnes online so mesti sentiasa update all the things.. Sambil tu sempat jenguk my leader's blog, CDM Hanis Haizi.. She very insipred me.. want to be like her one day.. then terbaca this post... GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.. dalam bisnes biasa ada turun naik tapi kita tak boleh patah semangat..mesti sentiasa positif..


Senang ja hendak berjaya..


ILMU + BERTINDAK + RUJUK = CONFIRM BERJAYA!
Lets read the full story...


CDM HANIS HAIZI


Ramai Tanya Hanis Tips untuk berjaya, actually takde special tips yang pelik2.. hanis ikut sahaja apa yang kak ana dan abang lan dah gariskan and buat. DUPLICATE / TIRU bulat2 kerja orang tu.


Bila kita melakukan sesuatu perkara dalam hidup kita, seharusnya kita buat sehabis mungkin ataupun bersungguh-sungguh. Bukan buat sekadar melepaskan batuk di tangga.


Pertama skali sikap positive dan ingin menjadi or improve yourself to be someone better. Sikap negative tidak membawa kita kemana-mana. 


Hanis ingat dulu, memandangkan hanis ni seorang pendiam dan susah nak ramah dengan orang.. so I take the first step to communicate with people. 






Kejayaan dan Kegagalan hanya dipisahkan dengan satu titik sahaja. 


Kegagalan mesti ada SEBAB, kejayaan mesti ada CARA!





90% orang GAGAL berpunca dari SIKAP.


Bak kata CDM Siti Rohana, kejayaan dengan alsan memang tak boleh seiring, jika anda nak berjaya anda tidak boleh buat alasan. Dan setiap alasan memang LOGIC. 


For me if you're in the business, and if you expect to be successful in short period you can do it, but mestilah ada harga yang perlu dibayar.


Kejayaan tidak boleh datang bergolek tanpa usaha yang jemu, put your 100% commitment to it insyaAllah jadi.


Kalau kita masih terkapai-kapai tak tahu... belajar lah daripada orang yang dah berjaya dan pergi ke kelas.You expect orang bagi commitment to you sedangkan kita sendiri tak nak berikan commitment to  your leader? Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika kita sendiri tidak mengubah nasib kita.


FOR THINGS TO CHANGE I MUST CHANGE FIRST!!


Dan petua nak berjaya dalam business ni simple 


ILMU + BERTINDAK + RUJUK = CONFIRM BERJAYA!
 Tiada kejayaan tanpa menuntut ilmu. that's for sure.




And last but not least RUJUK tu sangat2 penting, sentiasa refer to your mentor dalam business ni apa nak buat dan progress kita so far.  Kalau kita belajar dulu pun kita ada sumber rujukan iaitu lecturer or buku-buku kan sama jugak dengan business ni.
TEAM WORK dengan pemimpin kita! InsyaAllah kerja akan jadi lebih senang! 


Tak reti jual? Senang je hadir ke kelas product confirm banyak gila testimoni yang kita boleh dapat! :) And bila kita berbincang dengan pemimpin kita insyaAllah dia boleh berikan solution or ideas.. kalau diam je macam mana kan pemimpin nak tahu?:)


Last but not least 



                               MUHASABAH DIRI selalu!


The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack in will. -Vince Lombardi


Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out.-Robert Collier

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...