Thursday, 18 July 2013

Resipi Lapis Marie Cheese

Last Monday Ifa ada buat satu resipi dari budak office Ifa.. Ramai pulak berminat so Ifa akan share resipinya disini... Tapi Ifa tak da gambar step by step sebab Ifa tak plan pun nak share.. Sorry tau.. Tapi resipi ni sangat la simple..sambil pejam mata pun boleh buat and sedap dimakan untuk berbuka..Manis gitu..sunnah Nabi kan berbuka dengan makanan yang manis...

So here the recipe..

Lapis Marie Cheese

Bahan-bahan

500g cream cheese
sekotak whipping cream (kotak kecil)
3/4 susu pekat 
2 paket biskut marie (1 paket original & 1 coklat)
sedikit keju cheddar (diparut)


Caranya :

1. Pukul cream cheese sampai kembang
2. Kemudian masukkan whipping cream, pukul hingga sebati.
3. Bila sudah sebati, masukkan pula susu pekat dan pukul hingga semua sebati.
4. Sediakan loyang yang dialas dengan baking paper.
5. Susun biskut marie coklat dalam bekas dan lapiskan dengan adunan cream tadi. Kemudian susun biskut marie original dan lapiskan dengan adunan cream. Selang selikan biskut original dan koko sehingga penuh. Akhirkan dengan adunan cream. 
6. Akhir sekali parut keju cheddar diatasnya. 
7. Bila sudah siap, sejukkan didalam peti ais. Kemudian boleh dihidangkan.


Hasil yang Ifa dapat..

Kalau nak buat untuk berbuka, Ifa cadangkan buat time pagi, then petang dah boleh berbuka dengannya...

Selamat mencuba..

With Love,
Efah Mustaffa

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...