Wednesday, 24 July 2013

Resipi Udang Goreng Jintan

Hye readers...

Mesti semua pelik Ifa selalu masak kan.. Yes, lepas Ifa kahwin memang Ifa suka masak.. 1 main reason because my hubby tak nak makan luar..sanggup tunggu Ifa masak tapi tak nak makan luar..So hari-hari Ifa akan search untuk resipi..masak langsung tak pandai so memang refer pada resipi online ja..

Semalam Ifa search for udang.. and i found this recipe..sambal biasa buat..so Ifa cari something yang lain dari yang lain..

My hubby approve this recipe..dia cakap sedap..siap marah sebab selalu masak nak bagi dia gemuk.. You should try sebab sangat mudah..perap sejam then goreng ja..sambil tu boleh buat others things...


BAHAN A
Sedikit minyak untuk menggoreng (Sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu banyak atau sedikit. Kerana kita  akan menggunakan keseluruhan minyak tersebut dalam masakan)

BAHAN B (Diperap 1 jam)
1 Kilo Udang yang bersaiz besar
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Putih (ditumbuk halus)
sedikit garam


BAHAN C
2 biji bawang besar (di potong bulat dan bersaiz tebal)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
1 biji cili hijau (dipotong menyerong)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan Udang yang telah diperap tadi (bahan B). Pastikan gorengan udang tidak terlebih masak.
3. Sebelum angkat, masukkan bahan C. Kacau ~ 3 minit boleh lah terus diangkat.
4. Untuk lebih sedap lagi boleh lah ditambah sedikit kicap Masin kipas udang semasa memasukkan bahan B tadi.

Selamat mencuba!

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...