Friday, 26 July 2013

Roti Aiskrim Goreng | Resipi Mudah and Cepat!

Assalamualaikum and good morning readers..

Mesti ramai perasaan Ifa rajin masak kan..yela, semenjak jadi wife Zulhilmi ni wajib la masak.. dulu jaga perut sendiri ja..sekarang dua perut kena jaga...kalau tak masak, tak makan la dia..tambah pula dia jenis tak nak makan luar..saja nak ngada dengan bini..huhu..

So semalam Ifa buat resipi yang sangat mudah...Pernah dengar roti aiskrim goreng??
Haa...hari tu search google pasal resipi terjumpa resipi ni dekat 
blog cik epal ni.. So try la buat..
Since ramai kawan-kawan facebook minta resipi, Ifa share dekat sini ok..Wajib try sebab sangat senang and sedap..
Bila makan luar rasa rangup tapi dalam aiskrim tak cair lagi tau!

Bahan-bahan yang diperlukan

Sangat sedikit tau...

1. Roti
2. Aiskrim (flavour bergantung pada citarasa masing-masing)
3. Bekas berbentuk bulat ( Ifa guna mug husband...hahahah)


Simple ja kan bahan dia..

Now, lets see how to make it..


First of all , letak sekeping roti.. Then ambil aiskrim.. sesudu atau lebih.. agak-agak muat kita nak tekannya nanti jangan sampai terlebih takut nanti melimpah ruah so akan terbuka..Aiskrim ni letak tengah-tengah macam pic kat atas ya..


Ambil lagi sekeping roti dan tekupkan keatas roti yang sudah diletak ais tadi.. Then letak bekas tadi betul-betul tengah roti... bagi semua kena tau, takut bocor pula.. Tekan kuat-kuat sampai roti tu ikut bekas bulat, then terputus..

Biarkan roti tu tertanggal dan jadi bulat seperti gambar kat atas ni...

Roti aiskrim sudah membiak dengan pesat.. Buat lebih pun tak pa, boleh simpan dalam peti ais..nak makan baru goreng.. 

Then, letak dalam bekas macam ni..or setengah orang letak dalam plastik satu persatu macam cik epal kita ni..

Mana-mana pun boleh..Macam Ifa sebab tak da bekas plastik ni, so letak dalam bekas tu ja.. Simpan dalam peti ais tempat beku tau..dalam 4-5 jam.Macam Ifa buat dalam pukul 2 petang.. Kul 715 petang ambil untuk goreng..

Cara menggoreng:

Make sure minyak betul-betul panas..Minyak kena banyak, biar roti ais ni tenggelam dalam kepanasan minyak tu.. Bila minyak sudah betul panas, boleh masukkan roti ais ni. Celup kejap ja biar dia kemerahan sikit sudah boleh angkat..sebab kita nak elak aiskrim tu terlalu cair.. and tak nak roti ni serap minyak banyak...

Tadaaa!!!

Sudah siap, boleh dihidangkan..dicadangkan goreng time dekat berbuka untuk elak dia sejuk.. 
rasa dia sangat sedap walau simple ja..
Rangup diluar, sejuk di dalam..

Senang kan resipi ni...

Selamat mencuba!








AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...