Monday, 28 December 2015

Promosi Cozuma CC Cream

Promosi Cozuma CC Cream besar-besaran..

Hanya RM120 untuk 50GRAM!!

dan

RM15 untuk TRIAL SET!

Ramai yang dah cuba Cozuma CC Cream ni dan ramai lagi yang masih ragu dan sangsi takut tak sesuai dengan kulit. 

So kenapa tak cuba trial set dahulu?? 

Sebelum ni Ifa jual harga RM35 untuk satu bekas kecil, harga pasaran sampai RM40!

Tapi sekarang harga Cozuma CC Cream untuk trial set ni merudum jatuh hingga RM30 sahaja!

Harga istimewa ni untuk semua sebab Ifa sendiri jatuh hati dengan Cozuma CC Cream ni so Ifa nak semua orang boleh cuba. Rugi kalau tak try dulu. RM30 jaaaaa... Sangat murah tau


Wajib grab sebab kesan sangat best dan murah of course! Kalau dah serasi boleh terus grab satu tiub 50 gram. RM120 ja.. Kalau biasa RM127 tau... Tahan sampai 6 bulan so sangat berbaloi. 

Pakai Cozuma CC Cream ni tak pakai bedak pun boleh. Kalut-kalut nak pergi kerja pun senang sebab mudah disapu dan diratakan. Senang jugak dicuci untuk solat. Sebab tu Ifa kata wajib cuba!

Jom tengok semua testimoni CC Cream yang mendapat tempat dihati semua orang.









For booking and inquiry, contact me now..

Bagi sesiapa yang nak COD (cash on delivery), kawasan yang kami cover adalah di Sungai Petani, Kedah dan kawasan berdekatan atau di Arau Perlis atau kawasan berdekatan. Penang pun boleh jika pembelian lebih dari 1 tiub.

Whatsapps / Telegram / SMS
013-4347079




Sunday, 20 December 2015

Dahin Amsyar bin Zulhilmi journeys!


Dahin Amsyar turns 2 months old!


Pejam celik pejam celik dah dua bulan budak ni. Dua bulan jugak dah jadi mak orang tapi sampai sekarang macam tak percaya dah ada anak sendiri.. Selama dua bulan ni jugak tak pernah berenggang dengan Dahin Amsyar so no wonder kenapa dia sangat manja dengan Ifa. Even time Dahin kena warded 4 hari dekat Hospital Tengku Fauziah due to jaundice, Ifa sama-sama warded jugak. Seksanya dok hospital tak siapa tahu. Paling seksa tengok anak kesayangan kena jemur bawah lampu dan tiap pukul 4 pagi anak kesayangan kena amik darah. Baru nak tidur dah kena seksa dek sakit. Can't forget the experience. Will story about it later.  


For now his progression so far :

Weight : 5.3kg
Length : 6.1cm

Alhamdulillah Dahin semakin cerdik sekarang. Baru start nak sembang and baru start nak senyum. Tu pun pada certain people ja. Tak pa janji jangan sakit ja..

Dua kali Dahin cucuk, both tak demam. Penangan susu ibu katanya, Alhamdulillah.. Dah 62 hari susukan Dahin exclusively. Panjang lagi perjalanan kami.

Next target nak fully CD pulak! Yeayy make cloth diapers mainstream. Tengah mood mengumpul CD lagi. Hubby dah mula berbunyi.. 2016 azam untuk fully CD for Dahin.

Dahin Amsyar turns 3 months old!



Alhamdulillah dah 3 bulan panglima Dahin ni...

His progression for now :

Found his hand already, dulu tangan selalu terlajak ke atas dahi sebab coordination poor lagi.. Hehehe..
Dah pandai makan dan hisap jari. Kadang-kadang sampai semua dihisap
Senyum selalu tak kira siapa main dengan dia cuma gelak besar dengan Ummi saja
Sembang bila mood baik, kalau ngantuk atau lapar jangan kacau, confirm nangis teruk!
Dah pandai duduk, almost the time nak duduk. Bila bagi baring terus bebai

And of course still breastfeeding exclusively and great achievement is fully CD-ing dah.. Yeay!

Saturday, 12 December 2015

Pengalaman Pertama Menggunakan Cloth Diapers & Cloth Diapers Review

Hai semua... Kalau ada yang ingat atau follow blog Ifa ni, sebelum ni Ifa ada share berkenaan cloth diapers. One again Ifa nak share berkenaan dengan cloth diapers ni. For this entri, nak share how my first experince using this cloth diapers (CD) for whole day and same review of them.

Untuk entri sebelum ni Ifa ada share my first CD which is Lovelyworld. Lepas tu Ifa beli Grovia, B-Dipe, Funky Fluff, Sunbaby and Happy Flute. Total my CD for now dah 18pcs. Yes kegilaan kepada CD semakin menjadi so Ifa dah stop sebelum melarat. Niat utama untuk berjimat so tak boleh lari dari landasan. Nak try dulu semua brand ni, mana yang ok boleh tambah koleksi nanti. Atau try brand lain yang review best. Setiap brand Ifa beli maksimum 3 ja. Yang mahal sket beli 2 ja tengok macam mana dia punya performance dulu. 

Untuk first try ni Ifa just guna 5 CD for whole day. Memang sangat jimat. Alhamdulillah berjaya pakaikan baby Dahin seharian without failed and baby Dahin siap poo poo lagi. 

Here my model menggayakan CD dia. Alhamdulillah dia selesa dengan semua. Tak dak tanda rashes atau alergik.


Permulaan hari Ifa guna CD dari B-Dipe. Pakaikan Dahin pukul 9 lebih tapi tak sampai sejam Dahin dah berak. Dah alang2 Ifa terus mandikan Dahin and pakaikan Dahin brand Funky Fluff selepas tu dalam pukul 10 lebih. Pakai Funky Fluff yang kaler merah tu sampai pukul 5! Almost 7hours without leaking. Pukul 5 mandikan Dahin and tukar ke brand Lovelyworld. Pakai this brand sampai pukul 10 malam. Then tukarkan CD keempat Dahin yang kaler oren tu sampai pukul 5 pagi! Last sekali tukarkan ke brand B-Dipe balik yang corak biru oren tu sampai pukul 9 pagi balik. Totally 24hours Dahin using this CD. Memang best and seronok!

Nak tengok jadual pemakaian CD Dahin dengan lebih terang..

9 pagi - 10 pagi : B-Dipe (tukar cepat sebab berak)
10.30pagi - 5.00 petang : Funky Fluff
5.30 petang - 10 malam : Lovelyworld 
10 malam - 5 pagi : Funky Fluff
5 pagi - 10 pagi next day : B-Dipe

Berbaloi kan pakai CD ni. Kalau DD terus kena buang. Pakai CD just kena basuh ja. For me bab membasuh ni sangat seronok. Tah la rasa macam satu kepuasan. Bukan susah pun, kalau malas sangat just campak dalam washer machine. Macam Ifa basuh dengan tangan. Rajin kan!! Hahahahahaha

So here done review of them. Bagi yang baru nak berjinak dengan CD boleh jadikan sebagai panduan walaupun Ifa sendiri pun masih baru dalam bab ni. 


Ni adalah brand B-Dipe. Ada macam2 design yang sangat comel. Total Ifa beli brand ni 3 pcs. Brand B-Dipe ni Ifa beli dari Bummia Kids. Memang one of my fav CD seller. Harga pun murah ja. RM 35 each and cutting dia kecil so sangat sesuai pakaikan dekat newborn. Cuma Ifa tukar insert dia dengan INSERT Lovelyworld yang pendek. Kalau tak dia jadi sedikit bulky. Nanti baby dah besar boleh pakai insert dia sendiri kot. Insert dia ada 4layer so jadi sedikit bulky.


Ni plak brand Funky Fluff bought from Sweet Luna Shop. My fav brand for now sebab serapan dia superb. Cutting best tak bulky walaupun Dahin still newborn. Color pun sangat menarik,stricking gitu cuma harga dia agak mahal tapi Ifa puas hati sebab performance dia superb. Boleh pakai as night CD and pakai 7-8 jam pun tak bocor. Ifa beli CD ni set promo ;2 CD, 1 wetbag dan 1 liner dengan harga RM250. 


Lastly CD from Lovelyworld. Ni CD pertama Ifa and Ifa beli time baby fair dekat Penang. 3 pcs dengan harga RM220. Serapan dia superb jugak cuma cutting dia besar sket untuk newborn. Boleh pakai untuk night CD jugak sebab boleh tahan lama. Salah satu CD poket yang best. High recommended jugak.

Ni saja for this time. Lepas ni nak try brand Grovia, Sunbaby and Happy Flute pulak. For now semua CD Ifa jenis pocket CD. Happy Flute ja jenis AIO. Nanti Ifa review lagi. Next target nak cdying for whole week. Yeayyy!! Wish me luck..

 

Sunday, 11 October 2015

My First Cloth Diapers!

Hye semua...

Harini Ifa nak share sket mengenai Cloth Diapers. Ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ramai yang dah mula gunakan Cloth Diapers ni sejak tahun 2007 lagi... Ifa sebenarnya yang tak tahu.. Dok engat Cloth Diapers ni baru nak famous, bila review and buat revision di google rupanya dah lama cuma dulu tak famous and pilihan terhad banding dengan sekarang yang ada macam-macam jenis...


Macam mana boleh kenal dengan CD ni?


Awal-awal preggy selalu masuk kedai baby tapi jadi blur sebab tak tahu langsung benda-benda baby tu. Yela anak bongsu kan.. Kalau yang basic macam baju, pampers tu tau la. So start dari situ, Ifa memang banyak buat research mengenai barang-barang baby.. Keperluan wajib untuk baby, apa yang terbaik untuk baby termasuk pampers, minyak telon, and semua la..


Bab cloth diapers ni pulak, Ifa baru tau bila dah hujung-hujung preggy. Dua tiga minggu before post ni. Ifa pun dah 39 weeks sekarang. Menunggu saat dan tika baby mahu keluar. Sebab tau pasal CD ni bila ternampak post kawan di facebook pasal CD ni. So mula lah pencarian di google mengenai CD ni. Bila dah review serba sedikit, inform dekat husband untuk try benda ni dan dia pun setuju untuk pakai pada baby kami nanti.


Keputusan untuk guna cloth diapers ni sama macam keputusan untuk EBM dan EPMOM... Bukan senang sebabnya kita mencari kesusahan dan kelecehan dalam bab ni tapi sebenarnya bagus sangat untuk baby. For me, why not kan sebabnya memang Ifa nak bagi yang terbaik untuk my baby since hampir dua tahun tunggu rezeki baby ni... Lagipun I'm working from home so no reason la kalau tak boleh. i manage my time and work on myself.. hehehe.. I'm doing Premium Beautiful business..


Antara sebab nak try Cloth Diapers ni :




Yes, sejak google pasal CD ni Ifa dah jatuh cinta plak. excited nak pakaikan baby CD ni sama macam excited untuk susukan baby nanti.. Mesti comel baby dengan CD yang warna warni. Dulu, mak-mak kita pun basuh lampin kita jugak. Tak ada masalah kot. Yang penting hati mahu dan tekad untuk buat keputusan ni. Mind set yang penting. Doakan Ifa untuk terus istiqamah...



Last Saturday, 10/10/2015 Ifa berkesempatan ke Baby & Kids Fair di Spice Arena Penang. Memang tak terniat nak beli apa-apa. Just nak tengok harga untuk stroller, car seat and storage bottle ja..


Lepas tu ternampak satu booth untuk clooth diapers jenama Lovely World. Husband kata cuba la tengok sebab memang ada niat nak beli pun kan. Selalunya orang pergi baby fair beli DD banyak-banyak buat stok tapi Ifa memang tak berminat. Since booth CD ada, so tengok kejap.


Bila dia review CD jenama ni memang jatuh cinta sangat. Kain lembut dan daya serapan superb. Walaupun harga mahal sket tapi Ifa rasa berbaloi. Sama standard dengan DD contohnya Mamy Poko harga jauh lebih mahal sebab keberkesanan dia bagus kan.

So permulaan terus grab set ni. Tambah insert yang malam tu satu cost RM30 so total semua RM250. Husband yang pilih color ni, semua senada ja. All his favourite color. Nasib baik tak ada color purple... Heheheh (Ifa gila purple sebenarnya)



So here it is. Kain super lembut. Tak sabar nak pakaikan dekat baby tapi sebelum tu kena pre-wash dulu..

Ifa akan start gunakan CD lepas habis pantang, In Shaa Allah. Sebabnya sebelum ni beli DD jenama Mamy Poko dan Dryers untuk newborn. So habiskan yang tu dulu. Lagipun time pantang nanti, Ifa akan berpantang di Perlis dengan mak Ifa sendiri. Macam tak sesuai pulak nak suruh dia basuhkan CD ni. husband plak nanti di Sungai Petani. Sekali sekala ja balik so kami decided lepas pantang baru start. 


Lepas ja balik dari Baby Fair dekat Penang tu, Ifa buat research lagi mengenai CD ni. Banyak lagi brand-brand lain yang ada termasuk Grovia, Charlie Banana, Bum Genius, dan banyak lagi. tu belum masuk CD yang terdapat di pasaran Malaysia sendiri. Boleh dapat kurang dari RM30 untuk satu pcs.. Semakin banyak ilmu dan semakin pening kepala. Seharian google pasal CD saja... Hehehehe


Ifa jugak join group Malaysian Cloth Diapering Parent. Semakin banyak ilmu dapat.

Here some info yang anda patut tahu mengenai cloth diapers..
KENALI  JENIS MATERIAL & FABRIK CLOTH DIAPER

Tahukah anda dengan jenis-jenis material atau fabrik yang digunakan untuk cloth diaper?Bukan semua jenis cloth diapers itu sama. Jika anda tertanya-tanya mengapa ada jenis cloth diapers mahal harganya, dan ada pula yang murah, kita boleh menilai dengan mengetahui jenis material yang digunakan untuk menghasilkan cloth diaper tersebut.

Sebelum membeli sesuatu jenama atau jenis cloth diapers, tanyakan dan pastikan dahulu dengan penjual tentang material cloth diaper. Ini adalah penting kerana beraneka jenis material mungkin memerlukan cara penjagaan dan pembasuhan yang BERLAINAN. Sepatutnya juga, para penjual cloth diaper perlu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini kepada pembeli:

·         Apakah material yang digunakan untuk cloth diaper (lapisan dalam/luar/material asas?)
·         Apakah material inserts yang digunakan?
·         Bagaimanakah cara untuk basuh pertama kali sebelum digunakan (prewash)?
·         Apakah teknik penjagaan/pembasuhan yang khusus untuk cloth diaper jenis ini?

Kita mungkin pernah dengar tentang microfiber, cotton, bamboo, fleece dan sebagainya semasa pencarian cloth diapers. Mari kita menjengah lebih mendalam mengenai jenis-jenis material dan fabrik yang lazim digunakan, bersama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing:

1) PUL (POLYURETHANE LAMINATE)

·         Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
·         Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

2) MINKY

Sebenarnya jenis minky sama dgn PUL cuma dia ada tambahan fabrik minky yg baldu2 sket diluar lapisan PUL.

·         Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper .
·         Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

2) FLEECE/MICROFLEECE

Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.

3) MICROFIBER

Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
Kelebihan : Agak murah, senang didapati , mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit yang pantas berbanding material lain (wicking properties).
Kekurangan : Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan ( kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi ( non-biodegradable).

4) BAMBOO
  
        Bahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
·         Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
·         Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.
  
5) HEMP
  
·         Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
·         Kelebihan: Tahan lasak, berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serap yang lebih tinggi berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), bahan yang semulajadi (lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk ataupun panas.
·         Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap untuk membuang “natural oils” yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia, harga yang jauh lebih mahal.
Prewash cloth diaper
Semua cloth diaper baru (apapun jenis dan materialnya) perlu dilakukan prewash sebelum digunakan (dipakaikan) pada bayi anda.


Tujuan prewash?

1. Tujuan pembersihan: untuk membersihkan CD daripada sisa2 pembuatan fabrik dan juga ketika proses pengilangan CD itu. CD dibuat daripada material baru, jadi rasionalnya mmg perlu dibasuh dahulu sblm digunakan.

2. Tujuan penyerapan: bagi membolehkan CD anda menyerap dengan lebih baik. Semakin kerap CD dibasuh, semakin bagus kadar serapannya.

3. Supaya mendapat bentuk dan saiz sebenar CD itu (to fit-snugly on baby). Utk itu CD perlu dibasuh dan dikeringkan beberapa kali (bagi sesetengah material, mgkin ada material yg mengecut (shrink) atau mengembang?). Biasanya pihak pengeluar telah mengambil kira hal ini semasa proses pembuatan CD :)

Berapa kali prewash?

Utk CD biasa (kebanyakan CD di pasaran) perlu diprewash 2 hingga 3 kali. Bagi saya, minimum adalah 3 kali prewash. Bagi CD/ insert bamboo/ insert hemp perlu diprewash 6-8 kali utk mendapatkan kadar serapan yg optimum. Begitu juga dgn material organic cotton (seperti soaker grobaby/ grovia) minimum 6 kali prewash.

Bagaimana yg dikatakan prewash?

Basuh, jemur (hingga kering) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3x (atau sehingga serapan ok).

Caranya?

Utk prewash boleh basuh tangan (hand wash) atau pakai mesin basuh. Utk basuhan pertama boleh gunakan sedikit sabun (sabun yg tiada campuran softener) dan utk basuhan kedua dan ketiga boleh basuh tanpa sabun. Utk prewash kali pertama boleh juga gunakan air panas (suam).

Cadangan prewash?

Cara saya: Utk CD baru saya just celup2 air atau lalukan bwh air paip. Then, perah dgn lembut dan jemur. Boleh juga spin dgn mesin basuh sebelum jemur (mesti letak dlm laundy net).

TIPS: Boleh tumpang spin dgn CD lain yg dibasuh, ketika spin yg terakhir.. huhuhu..

Adakah semua bahagian CD (insert/ soaker/ shell/ cover/ pocket pant) perlu diprewash?

Ya, terutamanya insert/ soaker perlu diprewash utk meningkatkan kadar serapan. Sebaik-baiknya prewash insert/ soaker mengikut jenis material atau mengikut aturan/ cadangan pihak pengeluar.



Shell/ cover CD (utk jenis AI2) boleh diprewash 2 kali sahaja. Pocket pant dicadangkan 3 kali prewash (supaya inner dpt menyerap basahan dgn baik).

Hope dapat membantu ibu-ibu yang baru nak bermula ber'cloth diapers' macam Ifa and boleh guide Ifa jugak sebab I'm a newbie. Belum start lagipun.. Wish me good luck mommies!

Friday, 2 October 2015

Peluang Buat 'Duit Tepi' (Side Income)

Hai everyone... I'm calling for those interested to make side income with me.. especially.....

Suri Rumah??
Students??
Fresh graduates??

Siapa kata mereka tak boleh buat 'duit tepi'.. Boleh sangat...

Dengan bisnes ni mereka berpeluang dapat duit lebih dan siap dapat payslip lagi dari company... Kalau yang bekerja nak join this business pun sangat sangat dialu-alukan sebab bisnes ni terbuka kepada semua golongan. Syarat mesti berumur 18 tahun dan keatas saja. Yang lain tiada syarat..

Anda boleh jadi tokey Kopi Kuat, Sabun Hijau, Baju Dalam Superb atau Tilam Kuat... Nak jadi tokey kecantikan pun boleh. Pilih ja mana yang suka..

Dengan bisnes ni boleh dapat extra income sampai RM600-RM1,000 tau!!

Jual secara offline dan online. Book your time with me.. Tak lama pun just bagi masa sejam-2 jam. At least dapat extra RM600 sebulan sapa nak bagi kan.. Nak lebih sampai RM5,000 pun boleh!

Kat bawah ni ada pilihan pelbagai produk yang syarikat tawarkan...

Marine Essence Series : 
Marine Essence Beauty Bar, Marine Essence Shampoo and Body Wash
Mineral Coffee

Biovelocity Sleep Mate

Cozuma Lipstik

Garlic


Cozuma CC Cream

Premium Beautiful

Ni pulak contoh payslip yang anda bakal dapat dari company Sahajidah Hai O Marketing.. 

Seronok kan buat 'duit tepi' ja tapi boleh dapat lebih sebulan gaji..



Apa lagi anda dapat??
=> Pakej Melancong PERCUMA 2 kali setahun.. (current travel package : OSAKA!!)
=> Reward dari leader
=> Award dari company
=> Payslip dari company ( boleh digunakan di bank untuk pembelian kereta atau rumah sebab company sangat kukuh!)

Buat biasa-biasa, hasilnya biasa. Kalau buat luar biasa pasti dapat hasil berganda dan luar biasa.. Sebab dalam bisnes ni gaji kita yang tentukan. Company hanya bagi slip kosong..

Macam mana nak buat? 

Jom set masa 2 jam saja dengan Ifa. And Ifa akan tunjuk cara.

Mudah saja.. Tak perlu ketuk pintu rumah orang, tak perlu susah payah cari orang.
Semuanya hanya digujung jari dan ada cara...

Nak ke tak nak???

Tanya diri anda..

Kalau nak, whataspp Ifa ok.

Efah Mustaffa
013-4347079

Sunday, 27 September 2015

What I feel to be a mom!

Today 27 September 2015, I officially 37 weeks pregnant. Just 3 weeks more to go. Yes, I'm very excited it hug and kiss my baby but I'm nervous and scare to give a birth at the same times!!

My face, feet and hand semakin membengkak dengan jayanya. Muka makin sembam. Setiap kali jumpa orang mesti kata dah tak lama nak beranak sebab perut dah jatuh. My mom also said that. Terus jadi lagi nervous. Counting days ja sekarang ni. Baju baby and maknya untuk ke hospital dah ada dalam bonet kereta. Barang baby ketika pantang pun dah siap pack elok2 dalam kotak, sedia diangkut balik ke kampung ja sebab Ifa pantang di Perlis.

Start semalam dah susah nak tidur. Selalu Ifa ni tak da masalah langsung untuk tidur. Terus lelap ja kalau letak kepala. Nasib baik ada Biovelocity Sleep Mate membantu mudahkan tidur and tidur lena sampai pagi. Maklum lah badan dah jadi muatan berat. Current weight almost 60kg!! Ya Allah berat kan! Sungguh2 tak sabar untuk pakai balik Premium Beautiful. Rasa sangat la kembang sekarang ni.

Apa pun tetap happy sebab Allah bagi peluang rasa nikmat ni. Baby dok geletek setiap hari. Gerak kuat2 macam main bola dalam perut. Main acah2 dengan abi, sembunyi kalau Abi nak pegang dia. Alhamdulillah syukur sangat. Semoga orang yang masih menunggu saat2 ni dikurniakan rezeki baby dengan cepat. Aminnnn....

Sunday, 13 September 2015

SM SSM Award September 2015

On 12 September 2015 SM SSM Award was held at Wisma MCA Ampang..

Penganugerrahan ini khas untuk meraikan penerima anugerah bagi Sale Manager yang membuat sale sebanyak RM20,000 dan Senior Sale Manager, RM60,000 sale terkumpul dalam kumpulan masing-masing...

Penganugerahan ni diadakan dua tahun sekali oleh Sahajidah Hai O Marketing demi menunjukkan rasa berbesar hati atas usaha masing-masing. Dalam setahun lebih 5 anugerah diadakan oleh syarikat SHOM termasuk 2 kali setahun trip melancong secara PERCUMA!

Memang bukan calang-calang syarikat dapat bagi servis macam ni. Memang rugi kalau tak ambil peluang jadi part of the team..

Here, all achievers from Awesomazing Team. 
A big congratulations to all!!


Ini pula achievers dari team Efah sendiri. Alhamdulillah and a big congratulation to all!


Sale Manager Nazihah Abu from ipoh. My junior in study and now becomes my partner in business. Alhamdulillah congrats sayangku Gie yang sangat gorgeous dari Sarawak ni..


Next is Sale Manager Siti Marianah under Manja Team. Seorang yang sangat cekal dan bulat hati dengan pemimpin. Alasan dan cabaran letak tepi untuk sama-sama berjaya dalam business.


Here Sale Manager Siti Nur Aradiah from Johor. Also my junior in study. Pakar Premium Beautiful sebab set Ara sold semua dalam masa kurang sebulan. Congrats darling! 


Here Sale Manager Siti Haslina. Memang salute dengan Kak Lin sebab bermula dengan sekotak Marine Essence Beauty Bar but now complete RM20,000 sales. A big congrats!!

And here pose cun melecun Awesoamzing Team together with HBO team..


Efah just boleh jealous kan diri di rumah sebab tak dapat sama-sama sambut kejayaan business partners disebabkan faktor kesihatan.

Biasa la dah hujung-hujung pregnancy ni kaki semakin bengkak bak bom so kita rest kat rumah jela. Next award wajib ada sama-sama. 

Apa pun congratulations pada semua!!

Tanpa langkah pertama, tak akan ada langkah seterusnya. So jangan takut untuk memulakan langkah tersebut!

Friday, 4 September 2015

Promosi PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2015!!

Ada tak sesiapa nak beli Premium Beautiful murah???

Memang murah gila and Ifa nak offer promosi untuk semua start today sampai November 2015!!

Serius ni bukan main-main tau!!

Premium Beautiful ni sememangnya custommade tapi no worries sebab promosi ni boleh save RM100 atau RM200.. RM300 pun bukan. Lagi murah dari tu!! Berbaloi sangat kalau grab..

Ni antara promosi paling tinggi Ifa bagi, tak pernah save banyak macam ni.. So wajib grab jangan gigit jari ya!

Bagi sesiapa ni Sungai Petani especially, Penang, Perlis atau Kedah boleh terus fitting dengan Ifa plus dapat free consultation. 

Aset yang jatuh boleh dinaikkan balik, yang kembang melebar dikuncupkan dan pinggan bulat dirampingkan.. Memangbest sangat. Kesan dalam 5 minit saja.. Tak lama pun.. Tapi kalau pakai konsisten 3-6 bulan terus badan akan maintain macam anak dara..

Best kan!!

Kenapa kena beli dengan Ifa???
Because I'm your Premium Beautiful Specialist and also your trusted agent... Siap ada certificate from company sebab memang terlatih bab Premium Beautiful. Dari ukur, alih lemak, consult to get maximum result and segalanya..

Ramai yang dah ambil peluang untuk memiliki Premium Beautiful ni. Rugi sangat kalau tak grab!

Kualiti Premium Beautiful korset ni tak sama dengan korset biasa tau.
Premium Beautiful memang direka khas setanduing dengan nilainya..

Kenapa?? Wajib free fitting dulu. No charges langsung so kenapa tak mau grab peluang kan.. 

Jom!!


AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...