Saturday, 22 August 2015

Newborn Checklist / Senarai Semak untuk Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...

Hai semua...
Ifa ni macam dah tak sesuai nak buat checklist sekarang ni sebab sepatutnya semua barang dah ada bagi Ifa ni sebabnya tunggu masa ja. Tapi tak pela. Nak post jugak pasal ni sebab bila cerita tentang baby, semangatnya lain macam. Tiap hari buka almari tengok barang-barang yamg dah dibeli walaupun belum basuh.. Hehehe..

Alhamdulillah now almost 32 weeks dah. Ada beberapa weeks saja lagi sebelum jumpa my little prince charming... #babyDA

31 weeks plus ketika ini

EXCITED??

Beyond that sebenarnya tapi tetap tak complete lagi barang-barang baby ni. My husband lagi super excited rasanya sebab sekarang ni tiap malam dia tidur dekat perut ja. Tak nak beralih ke tempat lain. Tengok muka kita tapi panggil baby pulak. Hurmm....

Tak pala nanti dua-dua orang kena sayang Ummi sebab Ummi ni queen of the house ok.

Here some list yang Ifa buat untuk sama-sama Mommy To Be jadikan rujukan. Especially new mommy like me. Memang sangat membantu. Banyak Ifa review barang-barang baby and new mommy dekat google untuk dijadikan rujukan. Siap buat catatan dalam diary.

Ifa start beli barang-barang baby ni bila dah masuk 7 bulan preggy sebab dengar cakap orang tua-tua katakan. Jangan beli awal-awal tapi my friend suggest beli awal takut bila perut 7 bulan dah tak larat jalan. Alhamdulillah Ifa still aktif sampai sekarang. Kadang rasa macam tak preggy pun cuma perut ja membuncit. Heheh...  Last-last mak Ifa sendiri sound sebab belum beli apa-apa. Yang dah terbeli awal just lampin pakai buang dan bedung. Both rasa excited so terbeli la.. Tu pun dah control habis. Sebab apa-apa benda pun Ifa suka review online. Baju, minyak bayi, bedung or apa saja.. 

Makanya, banyak jugak yang Ifa beli secara online. Majoriti sebab bila ke kedai or expo jadi blur nak beli. Beli dalam online senang saja.. Just klik klik siap.. kikiki

For reference, yang bertanda biru tandanya Ifa dah beli dan merah belum beli.. Hehehe. Boleh dijadikan rujukan untuk semua. Tak ada apa-apa kaitan pun.

Baby [PAKAIAN]

1. Baju harian @ siang - baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak
2. Baju malam @ sleepsuit selalu nya beli lengan panjang dan seluar panjang
3. Romper dan Jumpsuit
4. Baju jalan-jalan
5. Mittens & Booties - yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki. Memang terlebih beli yang ni.Heheh
6. Bonnet @ topi
7. Sapu Tangan - beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8. Bib - Sebelum ni rasa macam tak perlu, tapi tengok my niece minum susu meleleh-leleh ke muka, rasa nanti nak beli jugak 1 @ 2...
9. Barut - Barut paling penting untuk baby. Ifa beli untuk saiz kecik and besar sebab tak sure baby besar or kecik kan.
10. Bedung - Haaa yang ni banyak gilaaaa beli! Ifa awal-awal lagi dah beli sampai 12 pieces.. Oppss... Maybe sebab rasa comel sangat. Harap2 nanti baby nak laa kena bedung.

Diapering

1. Napkin - Yang ni tak beli lagi. Perlu ka ek?
2. Diapers @ Lampin pakai buang - Yang ni awal-awal lagi dah beli sebelum GST launched bulan April haritu. Sebab rasa comel sangat and tau ni benda wajib ada. Beli Mamy Poko sebab ramai yang suggest tapi engat nak beli satu lagi brand lain untuk pakai siang sebab katanya baby newborn selalu salin pampers kan.
3. Wet Tissue - Done
4. Changing mat - untuk lapik kat tilam baby supaya tilam tak mudah kotor bila baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
5. Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor
6. Detergent khas pencuci baju - Buds Baby Safe Laundry Detergent


Baby Care dan Grooming

1. Bedak Bayi
2. Losyen BayiEveryday Organics Infant Cream, beli dekat Baby Dash jugak 
3. Minyak Bayi (Baby Oil) - Beli dekat Baby Dash. Brand Buds Everyday Organics Infant Massage Oil
4. Putik Kapas (Cotton Bud)
5. Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby.. Ifa beli Tommee Tippee : Closer to Nature Healthcare and Grooming Set. Semua ada dalam tu..
6. Minyak Telon - Ifa beli Bebiku Minyak Telon
7. Cotton ball - Macam tak perlu ja. Nak guna kapas muka Ifa ja nanti. Hahahahha
8. Nappy Cream - Dah order dekat Baby Dash, Earth Mama Baby Bottom Balm

Nursering [keperluan tidur baby]

1. Set Tilam - Order online ja dekat Instagram. Siap request color and corak.
2. Baby Cot
3. Kelambu/mosquito net


Feeding

1. Botol dan puting susu saiz S - Dah beli Tommee Tippee tapi satu ja sebab angan-angan nak fully breastfeed
2. Bottle Sterilizer
3. Berus Pembersih Botol
4. Penyepit Botol
5. Nipple Cream - Plan nak beli Earth Mama Angel Baby - Natural Nipple Butter
6. Nursing Pad Washable
7 Nursing Pad Disposal
8. Breast Pump - Belum beli lagi. Plan nak beli dekat ekspo baby nanti. Awal-awal plan nak beli Medela Freestyle, lepas baca komen-komen dalam group #bfmember, ramai kata yang biasa pun ok. So looking yang biasa ja. Sebab belum tahu kot direct breastfeed ja
9. Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel]
10. Nursing Pillow - Order sekali set tilam. Time pregnant tak guna sangat sebab guna bantal yang beli dekat Shanghai dulu. Konon nak bagi baby guna tapi sekarang pun macam dah lasam Ummi dia kerjakan.. heheheh.
11. Nursing Bra
12. Termos


Travel

1. Beg Baby
2. Baby Warmer for Bottle 
3. Baby carier - Beli lepas deliver baby ja
4. Stroller - Pun lepas baby lahir. Boleh letak terus dia dalam tu
5. Nursing cover - senang kalau kene BF kat public, boleh cover.
6. Car seat

Bathing

 1. Tuala baby
2. Besen Mandi / Bath Tub - Punya la fikir dengan hubby nak beli yang mana. Besen mandi ja kot. Last-last tak beli jugak. Dah dua kali masuk kedai tengok. Overthinking parent to be ni. hahaha 
3. Toiletries set - Beli dari online j dekat Baby Dash brand Buds Everyday Organics. Pernah baca review ok sebab organic kan.

Keperluan berpantang

1. Set jamu
2. Tungku - Ayah Ifa awal-awal dah beli. Siap dua lagi! Over tau ayah..
3. Tuam/tungku baby - ramai yang cadangkan beli tungku atau tuam baby ni untuk kembung perut
4. Baju sejuk
5. Kain batik - Ambil mak punya la sebab sepanjang kahwin memang tak pernah pakai kain batik. Selalu pakai palazzo saja..
6. Stokin
7. Nursing bra
8. Maternity Pad - For sure guna Bioseleza Feminin Pad. Dari Pantyliner ke Extra Night. Memang serapan superb sangat. Paling best sebab tak guna recycle items.. Errkkk
9. Tuala mandi
10. Breast pad
11. Tukang urut - Probably mak Ifa yang uruskan tapi belum sure. Kena double check.
12. Bengkung - Premium Beautiful corset kan ada. Memang Ifa pakai dari sebelum kahwin, so dah lama tersadai dalam almari sejak pregnant. Tak sabar nak sarung balik!
13. Air Zam-zam / selusuh

Extra

1. Penyangkut Baju Berklip
2. Mainan baby
3. Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4. Hanger
5. Almari laci baby - untuk pakaian dan keperluan baby

TIPS :

1. Some tips yang Ifa kutip dari blog-blog yang lain, baju untuk newborn tak payah beli banyak-banyak sebab baby cepat besar. So bagi yang 0-3 months just beli dalam 5-10 helai.

Bagi baju saiz 3-6 months, just beli dalam 10 helai gitu. Ifa pun tak pasti cukup ke tak tapi bagi saiz yang 0-3 months memang tak beli banyak. Tapi risau jugak tak cukup nanti. Sekarang pun tengah control diri. Heheh

2. Breast pump pula tak payah beli yang mahal-mahal, beli yang biasa dulu pun ok sebab kena tengok condition badan jugak nanti. Kang beli mahal-mahal, tak guna pula. Kan rugi

Ada hati kan nak bagi tips kat orang, padahal belum jadi mommy lagi. Just share some ideas..

Hasil menjaring

Some my baby clothes yang beli thru online.. kikiki..
Beli dekat Gymboree.com

Beli dekat carter.com

Beli dekat Instagram @babymumshoppe

Tempat set tilam dekat Instagram @baby_umyra_pillow

Tropika Baby Herbal Cream beli dekat @marissa_shoppe. Bau dia wangi sangat!


Benda wajib ada untuk berpantang mesti la bekung kan. So Ifa pilih Premium Beautiful Corset memandangkan Ifa salah seorang trusted agent corset ni. And Ifa tahu memang this corset is the best corset untuk berpantang.

Siap masuk majalah PAMA so memang betul-betul terbukti berkesan kan..



Tak sabar sebenarnya nak kurus balik selepas bersalin ni. Sebab semasa mengandung rasa badan semakin naik dan semput. Rasa tak selesa sangat. Excited dengan 'testimoni selepas pantang dengan PREMIUM BEAUTIFUL' ni. Kalau pakai dengan cara yang betul dan saiz yang betul sure kesan dia cepat sangat!

Kalau berminat dengan Premium Beautiful ni cepat-cepat contact Ifa ok. Buka ja dapat kurus, depat bagi kecut balik rahim dengan cepat, banyyakkan susu dan cepatkan proses luka kalau bersalin secara ceaser. Kalau ada strechmark pun boleh hilang tau. So grab cepat. Contact Ifa direct, nanti dapat harga MURAH!!

Efah Mustaffa
0134347079





AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...