Sunday, 11 October 2015

My First Cloth Diapers!

Hye semua...

Harini Ifa nak share sket mengenai Cloth Diapers. Ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ramai yang dah mula gunakan Cloth Diapers ni sejak tahun 2007 lagi... Ifa sebenarnya yang tak tahu.. Dok engat Cloth Diapers ni baru nak famous, bila review and buat revision di google rupanya dah lama cuma dulu tak famous and pilihan terhad banding dengan sekarang yang ada macam-macam jenis...


Macam mana boleh kenal dengan CD ni?


Awal-awal preggy selalu masuk kedai baby tapi jadi blur sebab tak tahu langsung benda-benda baby tu. Yela anak bongsu kan.. Kalau yang basic macam baju, pampers tu tau la. So start dari situ, Ifa memang banyak buat research mengenai barang-barang baby.. Keperluan wajib untuk baby, apa yang terbaik untuk baby termasuk pampers, minyak telon, and semua la..


Bab cloth diapers ni pulak, Ifa baru tau bila dah hujung-hujung preggy. Dua tiga minggu before post ni. Ifa pun dah 39 weeks sekarang. Menunggu saat dan tika baby mahu keluar. Sebab tau pasal CD ni bila ternampak post kawan di facebook pasal CD ni. So mula lah pencarian di google mengenai CD ni. Bila dah review serba sedikit, inform dekat husband untuk try benda ni dan dia pun setuju untuk pakai pada baby kami nanti.


Keputusan untuk guna cloth diapers ni sama macam keputusan untuk EBM dan EPMOM... Bukan senang sebabnya kita mencari kesusahan dan kelecehan dalam bab ni tapi sebenarnya bagus sangat untuk baby. For me, why not kan sebabnya memang Ifa nak bagi yang terbaik untuk my baby since hampir dua tahun tunggu rezeki baby ni... Lagipun I'm working from home so no reason la kalau tak boleh. i manage my time and work on myself.. hehehe.. I'm doing Premium Beautiful business..


Antara sebab nak try Cloth Diapers ni :




Yes, sejak google pasal CD ni Ifa dah jatuh cinta plak. excited nak pakaikan baby CD ni sama macam excited untuk susukan baby nanti.. Mesti comel baby dengan CD yang warna warni. Dulu, mak-mak kita pun basuh lampin kita jugak. Tak ada masalah kot. Yang penting hati mahu dan tekad untuk buat keputusan ni. Mind set yang penting. Doakan Ifa untuk terus istiqamah...



Last Saturday, 10/10/2015 Ifa berkesempatan ke Baby & Kids Fair di Spice Arena Penang. Memang tak terniat nak beli apa-apa. Just nak tengok harga untuk stroller, car seat and storage bottle ja..


Lepas tu ternampak satu booth untuk clooth diapers jenama Lovely World. Husband kata cuba la tengok sebab memang ada niat nak beli pun kan. Selalunya orang pergi baby fair beli DD banyak-banyak buat stok tapi Ifa memang tak berminat. Since booth CD ada, so tengok kejap.


Bila dia review CD jenama ni memang jatuh cinta sangat. Kain lembut dan daya serapan superb. Walaupun harga mahal sket tapi Ifa rasa berbaloi. Sama standard dengan DD contohnya Mamy Poko harga jauh lebih mahal sebab keberkesanan dia bagus kan.

So permulaan terus grab set ni. Tambah insert yang malam tu satu cost RM30 so total semua RM250. Husband yang pilih color ni, semua senada ja. All his favourite color. Nasib baik tak ada color purple... Heheheh (Ifa gila purple sebenarnya)



So here it is. Kain super lembut. Tak sabar nak pakaikan dekat baby tapi sebelum tu kena pre-wash dulu..

Ifa akan start gunakan CD lepas habis pantang, In Shaa Allah. Sebabnya sebelum ni beli DD jenama Mamy Poko dan Dryers untuk newborn. So habiskan yang tu dulu. Lagipun time pantang nanti, Ifa akan berpantang di Perlis dengan mak Ifa sendiri. Macam tak sesuai pulak nak suruh dia basuhkan CD ni. husband plak nanti di Sungai Petani. Sekali sekala ja balik so kami decided lepas pantang baru start. 


Lepas ja balik dari Baby Fair dekat Penang tu, Ifa buat research lagi mengenai CD ni. Banyak lagi brand-brand lain yang ada termasuk Grovia, Charlie Banana, Bum Genius, dan banyak lagi. tu belum masuk CD yang terdapat di pasaran Malaysia sendiri. Boleh dapat kurang dari RM30 untuk satu pcs.. Semakin banyak ilmu dan semakin pening kepala. Seharian google pasal CD saja... Hehehehe


Ifa jugak join group Malaysian Cloth Diapering Parent. Semakin banyak ilmu dapat.

Here some info yang anda patut tahu mengenai cloth diapers..
KENALI  JENIS MATERIAL & FABRIK CLOTH DIAPER

Tahukah anda dengan jenis-jenis material atau fabrik yang digunakan untuk cloth diaper?Bukan semua jenis cloth diapers itu sama. Jika anda tertanya-tanya mengapa ada jenis cloth diapers mahal harganya, dan ada pula yang murah, kita boleh menilai dengan mengetahui jenis material yang digunakan untuk menghasilkan cloth diaper tersebut.

Sebelum membeli sesuatu jenama atau jenis cloth diapers, tanyakan dan pastikan dahulu dengan penjual tentang material cloth diaper. Ini adalah penting kerana beraneka jenis material mungkin memerlukan cara penjagaan dan pembasuhan yang BERLAINAN. Sepatutnya juga, para penjual cloth diaper perlu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini kepada pembeli:

·         Apakah material yang digunakan untuk cloth diaper (lapisan dalam/luar/material asas?)
·         Apakah material inserts yang digunakan?
·         Bagaimanakah cara untuk basuh pertama kali sebelum digunakan (prewash)?
·         Apakah teknik penjagaan/pembasuhan yang khusus untuk cloth diaper jenis ini?

Kita mungkin pernah dengar tentang microfiber, cotton, bamboo, fleece dan sebagainya semasa pencarian cloth diapers. Mari kita menjengah lebih mendalam mengenai jenis-jenis material dan fabrik yang lazim digunakan, bersama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing:

1) PUL (POLYURETHANE LAMINATE)

·         Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
·         Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

2) MINKY

Sebenarnya jenis minky sama dgn PUL cuma dia ada tambahan fabrik minky yg baldu2 sket diluar lapisan PUL.

·         Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper .
·         Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

2) FLEECE/MICROFLEECE

Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.

3) MICROFIBER

Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
Kelebihan : Agak murah, senang didapati , mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit yang pantas berbanding material lain (wicking properties).
Kekurangan : Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan ( kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi ( non-biodegradable).

4) BAMBOO
  
        Bahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
·         Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
·         Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.
  
5) HEMP
  
·         Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
·         Kelebihan: Tahan lasak, berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serap yang lebih tinggi berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), bahan yang semulajadi (lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk ataupun panas.
·         Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap untuk membuang “natural oils” yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia, harga yang jauh lebih mahal.
Prewash cloth diaper
Semua cloth diaper baru (apapun jenis dan materialnya) perlu dilakukan prewash sebelum digunakan (dipakaikan) pada bayi anda.


Tujuan prewash?

1. Tujuan pembersihan: untuk membersihkan CD daripada sisa2 pembuatan fabrik dan juga ketika proses pengilangan CD itu. CD dibuat daripada material baru, jadi rasionalnya mmg perlu dibasuh dahulu sblm digunakan.

2. Tujuan penyerapan: bagi membolehkan CD anda menyerap dengan lebih baik. Semakin kerap CD dibasuh, semakin bagus kadar serapannya.

3. Supaya mendapat bentuk dan saiz sebenar CD itu (to fit-snugly on baby). Utk itu CD perlu dibasuh dan dikeringkan beberapa kali (bagi sesetengah material, mgkin ada material yg mengecut (shrink) atau mengembang?). Biasanya pihak pengeluar telah mengambil kira hal ini semasa proses pembuatan CD :)

Berapa kali prewash?

Utk CD biasa (kebanyakan CD di pasaran) perlu diprewash 2 hingga 3 kali. Bagi saya, minimum adalah 3 kali prewash. Bagi CD/ insert bamboo/ insert hemp perlu diprewash 6-8 kali utk mendapatkan kadar serapan yg optimum. Begitu juga dgn material organic cotton (seperti soaker grobaby/ grovia) minimum 6 kali prewash.

Bagaimana yg dikatakan prewash?

Basuh, jemur (hingga kering) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3x (atau sehingga serapan ok).

Caranya?

Utk prewash boleh basuh tangan (hand wash) atau pakai mesin basuh. Utk basuhan pertama boleh gunakan sedikit sabun (sabun yg tiada campuran softener) dan utk basuhan kedua dan ketiga boleh basuh tanpa sabun. Utk prewash kali pertama boleh juga gunakan air panas (suam).

Cadangan prewash?

Cara saya: Utk CD baru saya just celup2 air atau lalukan bwh air paip. Then, perah dgn lembut dan jemur. Boleh juga spin dgn mesin basuh sebelum jemur (mesti letak dlm laundy net).

TIPS: Boleh tumpang spin dgn CD lain yg dibasuh, ketika spin yg terakhir.. huhuhu..

Adakah semua bahagian CD (insert/ soaker/ shell/ cover/ pocket pant) perlu diprewash?

Ya, terutamanya insert/ soaker perlu diprewash utk meningkatkan kadar serapan. Sebaik-baiknya prewash insert/ soaker mengikut jenis material atau mengikut aturan/ cadangan pihak pengeluar.



Shell/ cover CD (utk jenis AI2) boleh diprewash 2 kali sahaja. Pocket pant dicadangkan 3 kali prewash (supaya inner dpt menyerap basahan dgn baik).

Hope dapat membantu ibu-ibu yang baru nak bermula ber'cloth diapers' macam Ifa and boleh guide Ifa jugak sebab I'm a newbie. Belum start lagipun.. Wish me good luck mommies!

Friday, 2 October 2015

Peluang Buat 'Duit Tepi' (Side Income)

Hai everyone... I'm calling for those interested to make side income with me.. especially.....

Suri Rumah??
Students??
Fresh graduates??

Siapa kata mereka tak boleh buat 'duit tepi'.. Boleh sangat...

Dengan bisnes ni mereka berpeluang dapat duit lebih dan siap dapat payslip lagi dari company... Kalau yang bekerja nak join this business pun sangat sangat dialu-alukan sebab bisnes ni terbuka kepada semua golongan. Syarat mesti berumur 18 tahun dan keatas saja. Yang lain tiada syarat..

Anda boleh jadi tokey Kopi Kuat, Sabun Hijau, Baju Dalam Superb atau Tilam Kuat... Nak jadi tokey kecantikan pun boleh. Pilih ja mana yang suka..

Dengan bisnes ni boleh dapat extra income sampai RM600-RM1,000 tau!!

Jual secara offline dan online. Book your time with me.. Tak lama pun just bagi masa sejam-2 jam. At least dapat extra RM600 sebulan sapa nak bagi kan.. Nak lebih sampai RM5,000 pun boleh!

Kat bawah ni ada pilihan pelbagai produk yang syarikat tawarkan...

Marine Essence Series : 
Marine Essence Beauty Bar, Marine Essence Shampoo and Body Wash
Mineral Coffee

Biovelocity Sleep Mate

Cozuma Lipstik

Garlic


Cozuma CC Cream

Premium Beautiful

Ni pulak contoh payslip yang anda bakal dapat dari company Sahajidah Hai O Marketing.. 

Seronok kan buat 'duit tepi' ja tapi boleh dapat lebih sebulan gaji..



Apa lagi anda dapat??
=> Pakej Melancong PERCUMA 2 kali setahun.. (current travel package : OSAKA!!)
=> Reward dari leader
=> Award dari company
=> Payslip dari company ( boleh digunakan di bank untuk pembelian kereta atau rumah sebab company sangat kukuh!)

Buat biasa-biasa, hasilnya biasa. Kalau buat luar biasa pasti dapat hasil berganda dan luar biasa.. Sebab dalam bisnes ni gaji kita yang tentukan. Company hanya bagi slip kosong..

Macam mana nak buat? 

Jom set masa 2 jam saja dengan Ifa. And Ifa akan tunjuk cara.

Mudah saja.. Tak perlu ketuk pintu rumah orang, tak perlu susah payah cari orang.
Semuanya hanya digujung jari dan ada cara...

Nak ke tak nak???

Tanya diri anda..

Kalau nak, whataspp Ifa ok.

Efah Mustaffa
013-4347079

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...