Thursday, 7 January 2016

Cloth Diapering : Tips for Newbies

Cloth diapers atau lampin kain moden ni sebenarnya sangat menarik walaupun agak leceh tapi bagi ibu yang rajin macam Ifa ni (perah santan lebih), memang seronok. Self satisfaction bila tengok Dahin pakai cloth diapers ni...

Awal-awal penggunaan memang jadi leaking jugak. So Ifa buat study lagi, tengok tutorial dekat YouTube macam mana nak pakaikan baby CD supaya tak bocor. Actually oversea banyak pakai CD ni. Dekat Malaysia ja kurang sket. Memang kena banyak study, join group dekat Facebook, search blog-blog pasal CD and tengok YouTube. Akan beanyak membantu..

Niat asal nak pakai CD untuk berjimat tapi bila dah start membeli jadi obsess pulak. Semua design cantik. So tips untuk stop membeli, catat semua harga bagi semua CD dah dibeli and calculate. Bila tengok amount dah over RM1,000 terus gerun. So puasa kejap. 

So far Ifa ada 24 pcs CD so boleh rotate 4-5hari. Cukup la bagi beginner and newbie macam Ifa ni. And Ifa tiap-tiap hari basuh so should be no problem. 

Here nak share sedikit tips untuk newbie mommy yang nak berCD-ing walaupun Ifa pun still newbie tapi hope this will help you. Sebab Ifa sangat sangat tahu memang pening bagi newbie nak start CD-ing dengan term and jenis CD. Punah hidup nak kena study satu-satu. Awal2 memang pening sket tapi bila dah faham, In Shaa Allah ok. Memang worth it berCD ni... 


Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?

LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:

Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips). Kalau beli yang economy pun boleh tapi ketahanan kurang sket berpadanan dengan harga tapi kalau kita pandai jaga, In Shaa Allah akan bertahan lama jugak.

Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan? For newbie, 20 pcs should be ok. Try tambah time to time. Big rotation akan jaga ketahanan CD kita tu.

Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan. Tapi bagi newborn, better beli Velcro senang nak adjust. Kalau nak hantar pengasuh atau bagi husband or mak yang jaga, memang kena bagi jenis Velcro. Yang snap susah bagi mereka. Silap-silap dipakaikan DD plak.

Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak. Ifa guna RGD memang recommended..

Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula? Semua CD Ifa jenis ni, tak beli pun one size sebab nak berjimat kannnn...

Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.

Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer. Ifa jemur dalam rumah saja sebab ada satu bilik yang lebih kurang sauna (panas sangat). Sekali sekala jemur direct bawah matahari jugak.

Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut. Semua Ifa basuh dengan tangan sebab setiap hari basuh. Time nak mandi pagi, basuh sekali semua CD.

Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiberkerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).

Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.

Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.

JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!

Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.

Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.

Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.

Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.

Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...