Wednesday, 13 January 2016

Macam Mana Ifa Handle and Basuh Cloth Diapers

Hai semua... Harini nak share dengan semua macam mana Ifa handle and basuh cloth diapers atau lampin moden. Sama macam lampin zaman mak kita pakai. Bezanya jadi lampin moden sebab dia ada color dan design yang sangat cantik. Siap ada snap dan velcro. So tak payah guna pin dah, siap kalis air lagi..

Sekarang ni my morning routine totally changed after having my son Dahin Amsyar. Tukar status and menjadi mak orang ni sangat mencabar. Kena korbankan masa sendiri dan kena ikut masa baby.. Bila ada anak baru tau. Dulu just dengar dari pengalaman orang lain. Sejak jadi mak orang jangan harap nak mandi setengah jam sambil belek-belek badan, tak sempat nak makeup lama-lama, main calit ja. Semua nak kena cari yang mudah. Tambah pulak Ifa dok sendiri, 24 jam dengan baby so manjanya Ya Allah.. Nak melekat ja! Hahaha.. Sabar jela Dahin Amsyar.. 

My morning routine ni bertambah rumit bila Ifa decide nak fully CD-ing for 2016.. Semangat kan.. Dah tak sempat nak bangun mengeliat kehulur hilir sebab bila Dahin tidur, tu masa settlekan semua kerja rumah. Awal pagi nak kena mandi cepat-cepat, basuh baju siap-siap, sidai, lipat baju, sapu sampah, basuh pinggan, masak... Banyaknya kerja! Belum masuk kerja update blog, Facebook and Instagram since Ifa ni online entrepreneur jual Premium Beautiful, Biovelocity Sleepmate, Mineral Coffee, Marine Essence Series, BB Plus Collagen dan banyak lagi... Nak ambil order, sambil tu kena reply message customer, business partners.. Wahhh.... Memang jadi supermom la. Semua boleh buat serentak..

Fully CD-ing?? Wahhhh!! Ini lagi menambahkan kerja. Kalau pakai DD kan senang just beli and pakaikan. Dah guna buang dalam tong sampah tapi Ifa memang suka membanyakkan kerja.. Memang keputusan berani mati sebab cloth diapers ni sama sensitifnya dengan EBM. Banyak benda nak kena handle and study, also a little bit leceh dan menyusahkan diri sendiri tapi bila dah expert memang senang jaaaa... Tak susah mana pun. Cewah!

Untuk tahun 2015 Ifa ada jugak pakaikan Dahin cloth diapers (CD) tapi tak fully lagi. Bila keluar berjalan atau pergi rumah mak and mentua memang pakaikan disposable diapers (DD) ja. Hujung tahun 2015 kami ada family trip ke Pulau Aman and Ifa pakaikan Dahin DD jugak sebab tak confident lagi pakaikan CD time tu sebab over night sana. Disebabkan stok Dahin dah nak habis, kami decided beli sepakat DD brand Drypers for small size. Bersalah rasa sebab dah niat nak pakaikan Dahin CD ja. 

For 2016 Ifa berazam untuk tak nak beli DD langsung, selain nak full CD-ing.. Stok DD yang ada tu kita pakai jala kalau emergency. DD tu dibeli dalam tahun 2015 so still valid la azam ni. Tak kan nak membazir pulak.. Tunggu hujung tahun kita tengok berjaya tak..

Back to Topic, how I manage my cloth diapers now. 

Untuk stok sehari, Ifa pakaikan 5-6 PCs CD pada Dahin. Average 5 pcs ja. Jadi 6 Kalau Dahin poo poo  ja. 

5@6 pagi - 10@11 pagi : 1 pcs
10@11 pagi - 2 petang : 1 pcs
2 petang - 5@6 petang : 1 pcs
5@6 petang - 10@11 malam : 1 pcs
10@11 malam - 5 pagi : 1 pcs 

Time malam Ifa pakaikan CD yang high quality sikit so boleh bertahan sampai 7-8 jam. Dua jenis CD yang Ifa berani pakaikan pada waktu malam ialah Grovia and Funky Fluff. Both ni brand from oversea and price RM80++. Tapi berbaloi sebab cutting trim and sangat cantik dan tak bocor walaupun lebih 7 jam.

Total CD Ifa ada 24 pcs for now. Cukup untuk rotation 4-5 hari..

Lovelyworld pocket style : 3 pcs 
Grovia AI2 (Hybrid) : 2 pcs
Funky Fluff 3 in System : 2 pcs
GG B-Dipe pocket style : 3 pcs
Sunbaby pocket style : 3 pcs
Babyland pocket style : 4 pcs
Happy Flute AIO Day : 5 pcs 
Glowbug pocket style : 2 pcs

Ifa saja beli setiap brand and beli dalam kuantiti sikit sebab nak try and error. Leaking tu normal. Kadang-kadang cara kita masukkan insert salah, tak prewash cukup, cara pakaikan CD pada baby tak kena.. Ada banyak faktornya. Walaupun beli CD yang ekonomi tapi kadang dia punya performance superb juga. Janji pandai jaga dan uruskan CD ni...

Ramai orang ingat susah nak handle CD ni. Sbenarnya tak langsung! Ni Ifa share sikit.. 

Tak susah pun, bila baby pee pee, terus dumb CD tu dalam bekas yang disediakan atau bekas bertutup. Ifa letak dalam baldi ja. Kalau baby poo poo pulak, kena buang poo poo baby tu dulu dalam toilet sebelum letak CD dalam bekas yang tadi jugak. Lepas tu nanti, masukkan dalam washer mashine, biar dia settlekan semuanya. Tak payah nak mencuci bagai pun. Of course kena masukkan dalam laundry net tu. Tak nak snap and velcro rosak. Just masukkan shell, soaker atau insert biar bebas terapung.. Ada yang basuh 2 hari sekali, ada yang basuh 3 hari sekali. Ikut la kadar kerajinan anda..

My style pulak?? Ifa versi rajin sikit memandangkan Ifa ni Work At Home Mother (WAHM).. So kadar kerajinan lebih sikit. Sebabnya Ifa basuh sehari sekali and Ifa basuh dengan tangan ja... Haa, rajin kan!

Lepas guna CD, kalau Dahin poo poo Ifa akan buang stool ke dalam mangkuk tandas sebelum letak CD yang tak basuh ke dalam baldi. Pancut air deras-deras supaya semua poo poo u hilang and masuk dalam mangkuk tandas. Dah basuh masukkan dalam baldi yang disediakan. Yang pee pee, Ifa terus ja masukkan dalam baldi, esok nak cuci baru bilas pee pee dengan air.

Bangun pagi sebelum nak mandi pagi-pagi tu, keluarkan insert/soaker dari CD. Bilas dulu CD and soaker/insert especially CD yang terkena pee pee. Sebab kalau yang terkana poo poo awal-awal dah bilas. Ifa bilas dua kali bagi keluarkan semua najis-najis tu supaya nanti tak la berbau..

Masukkan sedikit sabun yang tak ada pelembut, pewangi atau peluntur. CD ni sensitif sikit so dia ada sabun dia tersendiri. Macam Ifa guna RGD, memang khas untuk CD. Senang! Lepas tu basuh macam biasa. Macam Ifa bagiau kat atas, Ifa basuh CD guna tangan ja. So setiap pagi wajib buat aktiviti ni. Tak susah pun. Sambil mandi, tonyoh CD yang terkena poo-poo tu. Tak boleh guna berus tau nanti CD cepat rosak. So tonyoh dengan tangan ja. Kalau ada kesan poo poo dia lagi jangan risau, lepas sidai nanti and kering kesan poo poo tu akan hilang. Bila basuh dengan tangan sangat la senang. Puas hati.. 

Ifa bilas 3 kali dengan air bersih. Siap cium bau lagi takut ada bau-bau kurang enak. Sebelum sidai dengan ampai, Ifa sidai dekat dalam toilet dulu untuk sejat air dia. Sebab Ifa sidai CD ni dalam rumah jaaaa.. Ada bilik kosong yang serupa sauna so memang cepat CD ku kering...

Tapi kadang-kadang kalu balik kampung, sidai jugak direct dengan matahari. Sebaiknya bahagian dalam menghadapa cahaya matahari tu so kalau ada kesan poo poo conirm akan hilang terus.. Lagi satu nak jaga warna CD supaya tak lusuh so nampak baru selalu..

Ni cara Ifa. Setiap orang tak sama. Bagi Ifa biar simple and senang so boleh la istiqamah untuk fully pakaikan Dahin CD sampai dia potty training.. Hehehe



Ni adalah aktiviti setiap pagi sekarang ni. Awal-awal rasa leceh sebab kerja dah bertambah tapi lama-lama rasa seronok pulak. Paling seronok dah tak nampak sampah DD yang nak kena buang dalam tong sampah. Kalau tidak sedozen. Paling seronok bila tengok bontot Dahin yang ceria dengan CD-cd dia. Buatkan Ummi dia teruja nak membeli tapi kena puasa kejap sebab berjimat. Salah satu lagi azam tahun ni. Banyakkan menyimpan dan menabung dari berbelanja.. Yeayhhh...

Bagi ibu-ibu yang bekerja, pastinya kena cari babysitter yang sanggup CD ni and ada cara untuk handle CD dengan BS jugak. Next time Ifa shar ok. Tu pun based pada bacaan dan pengalaman orang lain sebab diri sendiri tak hantar anak ke babysitter.. Heheheh

Terima kasih sebab membaca celotehan Ifa ni. Baca lagi next entry ya...

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...