Tuesday, 29 January 2019

My First Wishlish UNLOCKED!

Assalamualaikum and morning all😘

After a long hiatus, now I'm back😁. Will update you a journey to success, In Shaa Allah.

Tahun 2019 ni berbeza sangat² dari tahun sebelumnya.  Tahun 2019 adalah permulaan baru bagi kami semua di MMG dan B32. Skang kami tengah on #Projek2019 menuju #Wawasan2020. Efah akan share cita ni later okey😆

For this post Efah nak cerita bab my NEW BABY BLUE.

A very good start for 2019. In Shaa Allah.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah, akhirnya selamat lahir my first car yang jugak akan jadi kuda harian Efah selepas ni. Kuda atas nama Efah sendiri dan sepenuhnya guna payslip dari #BusinessStyleMMG.

Kereta ni dah idam dari tahun lepas lagi cumanya tak betul² setting. Bila CDM Hajjah keluarkan kereta CX5 pada Jun 2018, terus setting nak jugakkkk! So here it is! My own car and also my self reward for my becoming birthday!

Kena sangat nombor tu dengan birthday tahun ni😆. Actually no 32 tu sempena dengan our stokis, B32 tapi 32 tahun jugak Efah punya bithday tahun ni. Banyak betul kesinambungannya. Pada umur 32 tahun baru dapat first car. Better late than never kannssss😆

Ya Allah sampai skang dok tengok kereta ni kecik besar kecik besar ja. Kikiki. Sebabnya untuk anak pesawah macam Efah, Efah tak pernah terfikir pun nak beli kereta lebih RM100,000 dan tak layak pun sebenarnya kalau nak beli🙄. Boleh tengok orang jela pakai or tumpang naik kan.

Yes mungkin untuk orang lain kereta ni biasa ja tapi luar biasa bagi Efah. Ni permulaan untuk Efah untuk dapat kereta over RM250,000 pulak lepas ni. Tak mustahil sebab top leader Efah, CDM Hajjah Hamisah Alias dan sifu CDM Chan dah buktikan. Anak orang kampung tapi jadi luar biasa dengan bisnes luar biasa ni.

Masa Efah kecik, first time ayah beli kereta time tu Efah standard 3 kalau tak salah. Kiranya sebelum tu kami naik moto ja. Kalau nak pi sekolah, mak Efah anta Efah naik basikal okey. Sebab tu la dia kuat sampai skang. Mak ayah Efah dua² buat sawah.

Mak ayah Efah dulu dah buat yang terbaik untuk kami adik beradik. So why not Efah as anak bagi mak ayah Efah pulak merasa lebih dengan usaha kami, bagi anak2 Efah keselesaan lebih dari Efah dulu. Tak semestinya kita dilahirkan sebagai anak orang kaya tapi kita boleh kayakan mak ayah kita dan boleh jadikan anak kita as anak orang kaya kan.

Kaya ni sebenarnya sangat subjektif. Yang penting kita puas apa yang kita ada.

Tak sabar sebenarnya nak bawa balik kereta ni untuk bawa mak ayah Efah sebab depa yang tak sabar. Selagi depa masih ada, Efah akan cuba bagi yang terbaik untuk depa😘

Jun 2018 Efah pegang kereta hajjah yang baru keluar. Jan 2019 kereta Efah sendiri dah keluar. Semoga asbab kereta ni, makin laju berdesup untuk Efah bantu semua business partners capai apa impian mereka. Sebab impian untuk dicapai bukan hanya dipasang😍

Setiap orang ada potensi cuma beluar keluar penuh potensi. Kata-kata sifu kami yang jugak terbukti jadi multi millionaire dengan bisnes yang sama dan maintain hanya bisnes yang sama.

Glad to be in MMG.

No comments:

Post a Comment

AlsO sEE thIs pOst

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...